MAC

Rapid Typing For Kids : Lesson 1

 Tarikh  7 Mac 2019
 Masa : 9.00am - 10.30am
 Lokasi PEDi  Parit Selangor
 Peserta KEMAS Kg Parit Baru

Pada 7 Mac 2019, sekumpulan kanak-kanak yang berumur 6 tahun daripada TABIKA KEMAS Kg Parit Baru telah menghadiri kelas mingguan di PEDi Parit Selangor. Di mana anak-anak ini telah mempelajari sesi elearning menerusi aplikasi rapid typing. Mereka menggunakan aplikasi pembelajaran 'Rapid Typing'. Bagi meningkatkan kemahiran pembelajaran menggunakan komputer. Menekankan kepada pengenalan huruf dan penggunaan papan kekunci.  

 

ADVOKASI : Teknologi & Anda 

 Tarikh  14 Mac 2019 & 21 Mac 2019
 Masa : 9.00am - 10.30am
 Lokasi PEDi Parit Selangor
 Peserta KEMAS Kg Parit Baru

 ADVOKASI : Teknologi & Anda menggunakan aplikasi PDK.net telah dijalankan ke atas 2 kumpulan sasar murid daripada TABIKA KEMAS Kg Parit Baru. Iaitu mereka yang berumur 5 & 6 tahun pada tarikh yang berasingan iaitu pada 14 dan 21 MAc 2019. Kedua-dua kumpulan sasar ini mempelajari perkara yang berlainan. Di mana kumpulan pertama yang berumur 5 tahun mempelajari berkaitan warna dan bentuk. Manakala kumpulan kedua mempelajari berkaitan amalan kesihatan harian.