pic2

DETIK BERSEJARAH: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali diselang seli laungan rakyat yang hadir selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September, 1963. - Sumber Arkib Negara

 

TANGGAL 16 September 1963, maka lahirlah sebuah negara baharu bernama Malaysia.

Ia merupakan detik paling bersejarah yang memperlihatkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura.

Penyatuan itu bermula selepas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mencadangkannya pada 27 Mei, 1961 disusuli Mesyuarat Persatuan Parlimen KOMANWEL Cawangan Tanah Melayu di Singapura pada 23 Julai yang memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan Tun Mohammad Fuad Stephens. 

Penyatuan dan kerjasama kerjasama itu perlu diadakan terutamanya untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.

 

   

PENGUMUMAN: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di kediaman rasmi beliau pada 6 Julai, 1963 bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk  menghadiri majlis menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. - Sumber Arkib Negara  Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri.  Di samping itu, gagasan ini bertujuan mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

 

pic3

 

CETUSAN ILHAM: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei, 1961. Pada majlis itu, buat pertama kalinya Tunku menyuarakan cadangan penubuhan Malaysia. - Sumber Arkib Negara

  • KRONOLOGI PEMBENTUKAN MALAYSIA
  1. Idea persekutuan wilayah jajahan British di Asia Tenggara telah dimulakan seawal 1 Mei, 1948 oleh Komisioner Jeneral United Kingdom di Asia Tenggara Malcom Macdonald. Di Borneo, British cuba mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan dengan memupuk pembentukan Persekutuan Borneo Utara dari tahun 1957 hingga 1960. Bagaimanapun usaha itu gagal apabila bangkitnya parti berhaluan kiri Parti Rakyat Brunei, selain isu meningkatnya pergerakan komunis di Sarawak yang diketuai Parti Komunis Kalimantan Utara atau Organisasi Komunis Klandestin.

 

pic5

 

MESYUARAT: Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bermesyuarat di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Januari 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Julai 1961 dengan tujuan memberi penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei mengenai penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga. - Sumber Arkib Negara Sehubungan itu, idea untuk mewujudkan persekutuan yang lebih besar telah dihidupkan semula apabila ancaman komunis di Singapura semakin menjadi-jadi di bawah kepimpinan parti baharu Barisan Sosialis. Bagi menentang ancaman komunis di Singapura, kerajaan British mahu penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu dan pihak bukan komunis iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang menguasai Singapura ketika itu. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merancang untuk membawa masuk wilayah Borneo Utara meliputi Sabah, Sarawak dan Brunei.

 

Berita lanjut berkenaan sejarah 16 september ada di link bawah 

https://www.utusanborneo.com.my/2019/09/16/16-september-detik-bersejarah-yang-melahirkan-malaysia

 

Kampung Parit Selangor Bahru adalah sebuah kampung  tradisi telah mula diterokai pada tahun 1922 oleh sekumpulan 10 orang pemuda yang berasal dari Daerah Panorogo Pulau Jawa, Indonesia. Sebelum mereka meneroka kampung ini, mereka telah meneroka di kawasan Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat. Kemudian sekumpulan ini telah bermuafakat untuk mencari perkampungan baru. Salah seorang daripada pemuda ini mempunyai kenalan dengan seorang ketua yang telah terlebih dahulu meneroka bersebelahan dengan kampung ini. Mereka telah menghantar 2 orang wakil menemui Mbah Salleh untuk perbincangan pembukaan kampung baru. Setelah mendapat persetujuhan dan pengakuan Mbah Salleh, sekumpulan ini telah balik semula ke Batu Pahat untuk memberitahu khabar berita ini kepada rakan-rakan mereka. Beberapa hari kemudiannya, mereka telah bertolak daripada Batu Pahat ke Pontian dengan menaiki bot membina sebuah pondok dan mula meneroka kawasan baru secara gotong royong. Mereka telah membahagikan setiap seorang 1 lot  tanah ( lebih kurang 10 ekar ) dan memulakan penghidupan baru sebagai petani lalu Kumpulan ini telah bersepakat menamakan kampung ini sebagai Kampung Parit Selangor Baru.