Di dalam kawasan Kampung Parit Selangor, penduduknya sudah menjalani proses kemajuan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan atas inisiatif Ketua Mukim di sini, jadi produk tempatan yang menjadi keunikan bagi kawasan ini sudah tiada sebaliknya produk-produk yang mendatangkan manfaat bersama kepada penduduk kampung dihasilkan demi kelangsungan budaya, kreativiti dan juga demi keselesaan penduduk kampung. Terdapat beberapa produk-produk yang dihasilkan oleh penduduk kampung serta orang-orang yang terlibat dengan kapasiti kepenggunaan yang ramai.