120355334 155950546187840 6713578934974466384 n
 
Anda peminat pekasam tetapi terbantut selera kerana jiran tegur bau pekasam setiap kali masak? Segan?
Pekasam Khoriff by Bonda Johor ADA PENYELESAIANNYA!
Tahu tak Pekasam Khoriff telah disediakan khusus untuk buang bau tidak menyelerakan bila goreng pekasam? Tricknya, adalah ia jadikan pekasam khoriff bau enak dan wangi bila di goreng!
Jiran anda tidak lagi akan tegur pekasam bau busuk, tetapi terus dtg tanya, " Bau apa sedap sangat tu mila ?!!"
Haa apa lagi, jom cuba pekasam daripada khoriff, rugi tak cuba! Lagi2 yg dh mmg suka Pekasam, anda pasti tertawan dengan suapan pertama anda!
Pembelian juga boleh dibuat melalui platform Shopee!

 

 

 

 

download

 

Pada awal bulan ogos yang lalu pihak MCMC telah menjemput para usahawan yang berminat menggunakan platform atas talian shopee bagi mengikuti progam Usahawan digital (PUPUK). Progam ini dianjurkan oleh pihak MCMC dengan kerjasama pihak shopee. Menerusi program ini pihak Shopee telah memberikan taklimat asas Shopee dan intermediate shopee kepada para usahawan. Taklimat yang diberikan menunjukkan langkah-langkah bagaimana para usahawan dapat menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam Shopee bagi memasarkan barangan/produk mereka. 

 

 

 
 
 
 
Untitled 1
 
MENJUAL BARANG-BARANG TERPAKAI 
 
‼️SHOP FROM HOME‼️
Update : Barangan Rumah
Memandangkan kedai kami tidak beroperasi secara rasmi, pelanggan boleh membeli barang secara dalam talian
Whatsapp sahaja utk order 😊
✔️ PICK UP barang di hadapan pintu kedai ✔️ DELIVERY WITH CHARGE di kawasan terdekat (20km ke bawah) ✔️ POSTAGE utk Semenanjung SHJ
Oleh kerana kita digegarkan dengan situasi yang membimbangkan dalam sejarah iaitu wabak Pandemic Covid19. kedai kami tidak dapat beroperasi . Ini menyukarkan pelanggan yang ingin mencari barang perabot terpakai yang kami jual.. 😷
Oleh itu LAK Bundle menggunakan platform jualan secara online supaya pelanggan kami masih dapat memiliki barang dengan hanya duduk di rumah. 😊
Yang masih lagi follow Fully Art Shop, boleh teruskan Follow page ini kerana LAKstore mengamalkan konsep yang sama CUMA bezanya barang kami adalah direct singapore..
Adib Bundle, Benut
 
 

 

 

 ayam

PROGRAM INFAK AYAM BAKAR UNTUK JEMAAH MASJID SEMPENA PENGHULU SEGALA HARI
 
Pada 17 Sept 2021, seorang pengusaha ayam bakar periuk di Kampung Parit Selangor ini iaitu saudara Khairuman Abu telah melancarkan pogram infak ayam bakar untuk mana-mana jemaah masjid terpilih. Menerusi hantaran facebook beliau, 'Alhamdulilah pada hari ini kami terjemahkan...ada 2 org Hamba allah telah menyumbankan 30 ekor ayam yg dibahagi 4 = 120 bngkus..setiap 1 masjid mendapat 60 bungkus. Untuk program yg julung kali nie kami memilih..~Masjid kg Pt.Selangor & ~Masjid kg Pt.Kudus'. Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. Jika ada yg berminat ingin menginfakkan ayam bakar periuk hasil air tangan beliau boleh hubungi: 

 

 

 

 

 

Antara perniagaan yang dijalankan di Kampung Parit Selangor adalah seperti berikut:

 

 

 

Institut Memandu Longlife terletak bersebelahan dengan Pusat Internet 1Malaysia Parit Selangor

 

Perniagaan Pemprosesan Ayam Segar NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd

 

Pusat Pengumpulan Sawit Naaza Maju Enterprise

 

Kedai Runcit yang terdapat di kawasan berdekatan iaitu di Kampung Parit Baru

 

Perniagaan Bas Sairi Transport Agency milik En Sairi bin Sahrin di Kampung Parit Selangor

 

Perniagaan Jahitan dan Melukis Batik Milik Puan Norlida binti Suratin

 

Perusahaan Perabot di Kampung Parit Baru

 

KHAIRUMAN ENGEENERING/KHAIRUMAN KANOPI

Perniagaan ini dijalankan oleh Encik Khairuman Bin Abu. Beliau menjalankan beberapa jenis perniagaan. Antaranya adalah perniagaan membekalkan peralatan kenduri-kendara seperti khemah, kanopi, kerusi meja, dan peralatan catering. Menerusi perniagaan ini beliau telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar terutamanya anak-anak muda yang telah habis sekolah. Ini telah membantu sosioekonomi penduduk setempat. Selain itu, beliau juga terlibat dengan perniagaan welding dan pembinaan. Di mana beliau turut mengambil tempahan membuat bumbung awning.