NADI Parit Selangor  merupakan salah satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

NADI Parit Selangor ini telah mula beroperasi pada 1hb Oktober 2015. Sehingga Julai 2023, terdapat 437 orang ahli berdaftar dan mendapat manfaat daripada semua perkhidmatan yang disediakan. Antara perkhidmatan yang disediakan selain penggunaan Internet di sini adalah Latihan ICT, latihan Keusahawanan, perkhidmatan mencetak, fotostat, binding, scanning dan laminate.