MAIN PIC LAPORAN AKTIVITI


PENDAFTARAN SEJATI MADANI KAW 14, MUKIM PONTIAN

Tarikh : 01 Ogos 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Parit Selangor
Peserta : 2 orang


Tujuan

Program SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Program ini juga bertujuan untuk memperkasa aktiviti ekonomi setempat dan menaik taraf ekonomi komuniti. Setiausaha Kampung Kawasan 14, Mukim Pontian dan ahli jawatankuasa telah mengambil peluang untuk membuat pendaftaran Sejati Madani.


Aktiviti

Petugas membantu membuat pengaktifan email, menetapkan kata laluan email Setiausaha Kampung dan JPKK Kg Sepakat Jaya Kawasan 14, Mukim Pontian bagi mendaftar dan mendapatkan ID Sejati Madani.

LITERASI ICT DAN ASAS STEM TABIKA KEMAS KAMPUNG PARIT BARU

Tarikh : 8 Ogos 2024 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : NADI Parit Selangor
Peserta : 10 orang pelajar TABIKA KEMAS 


Tujuan

Kelas literasi ICT dan Asas Stem Pelajar TABIKA KEMAS Kg Parit Baru. Memperkenalkan pembelajaran berasaskan ICT menggunakan aplikasi pdk.net dan asas STEM.

 
Aktiviti

  1. Tajuk Aktiviti :- Pengenalan Kepada Komputer, Kenali Huruf  Ejaan dan Warna.

    Petugas membuat tayangan video mengenai warna-warna pelangi dan meminta pelajar mengeja perkataan tersebut.
    Melakukan aktiviti interaktif menggunakan smartboard dengan menggunakan aplikasi pdk.net. Pelajar diminta untuk menjawab soalan berkaitan dengan warna.
    Petugas melakukan aktiviti STEM bersama-sama pelajar : Asas STEM / campuran warna & pergerakan air mewujudkan warna pelangi. 

BIMBINGAN : PENDAFTARAN MY SPNB (RUMAH MESRA RAKYAT)

Tarikh : 07 Ogos 2024 & 08 Ogos 2024 (Rabu & Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : NADI Parit Selangor
Peserta : 2 orang


Tujuan

Petugas Memberikan tunjuk ajar pengisian / melengkapkan permohonan rumah mesra rakyat SPNB secara atas talian.

Aktiviti

  1. Petugas membantu memudahkan proses permohonan di mana SPNB turut memberikan bantuan (tunjuk ajar secara on the phone).  Menyediakan dokumen serta maklumat yang diperlukan SPNB. Proses permohonan selesai dalam tempoh masa 2 hari.

Mereka merupakan mangsa kebakaran rumah di kampung ini yang telah mengakibatkan kemusnahan sebuah rumah pusaka yang melibatkan 2 buah keluarga.

BIMBINGAN : PENDAFTARAN KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL

Tarikh : 08 Ogos 2024 ( Khamis)
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Parit Selangor
Peserta : 1 orang


Tujuan

Petugas Membantu pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional untuk sesi 2025/2026.

Aktiviti

    1. Petugas memberikan bimbingan bagaimana untuk membuat pendaftaran secara atas talian dan mendapatkan maklumat yang diperlukan.

     

SOFT SKILL : MEMBUAT CUCUK SANGGUL KANAK-KANAK DIY

Tarikh : 10 Ogos 2024 dan 16 Ogos 2024 (Sabtu & Jumaat)
Masa : 11:00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : NADI Parit Selangor
Peserta : 2 orang


Tujuan

Menambah kemahiran peserta dan boleh menjadi sumber pendapatan.

Aktiviti

      1. 1. Peserta dapat belajar dan Mengetahui bahan & kiraan kos
      2. 2. Peserta dapat mempelajari cara/kaedah membuat cekak

 

Gambar

.