MAIN PIC MAKLUMAT AM

BULI SIBER

#hentikanbulisiber
BULI SIBER ADALAH JENAYAH

 Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian.
Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau menggunakan kata-kata kesat kepada mangsa dalam media sosial.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa buli siber laporkan segera kepada pihak berkuasa.
Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa buli siber.

Buli siber boleh menyebabkan tekanan emosi dan mental yang serius.
Marilah kita bersama-sama memupuk sikap saling menghormati dan menghentikan buli siber. Jadilah pengguna Internet yang bertanggungjawab dan positif.
Bergerak ke hadapan, MCMC akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses orang ramai membuat aduan buli siber.
#MCMC


sumber : facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Malaysia