Bengkel Membina Kalendar di PEDi Parit Selangor

 Tarikh  3 Mei 2019
 Masa : 9.30am - 11.30am
 Lokasi PEDi  Parit Selangor
 Peserta Pelajar sekolah rendah

Pada 3hb Mei 2019, jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, telah diadakan Bengkel Membina Kalendar di PEDi Parit Selangor. Seramai 4 orang murid sekolah rendah telah terlibat dalam bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih murid menghasilkan kalendar mengikut kreativiti mereka di samping melatih kemahiran memasukkan jadual, memasukkan teks dan gambar pada jadual serta penggunaan ‘Table Tools. Aktiviti yang diadakan sepanjang bengkel ini adalah latihan menggunakan perisian Microsoft Word di mana murid diberi penerangan berkenaan cara-cara membuat kalendar yang menarik secara hands on, kemudian murid diberikan latihan dan hasil kerja mereka adalah mengikut kreativiti merek. Faedah yang murid dapat daripada bengkel ini adalah melatih murid agar lebih mahir menggunakan ‘Table Tools’ selain menjadikan murid untuk lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja.

Bengkel Tulisan Khat Kufi

 Tarikh  10 Mei 2019
 Masa : 9.00am - 11.00am
 Lokasi PEDi  Parit Selangor
 Peserta Pelajar sekolah rendah

Pada 10hb Mei 2019, jam 9.00 pagi 11.00 pagi, telah diadakan Bengkel Tulisan Khat Kufi di PEDi parit Selangor. Ianya bertujuan memberi kemahiran membuat tulisan seni khat kufi dan melatih kreativiti seni tulisan khat kufi kepada murid-murid yang terlibat. Seramai 4 orang murid telah turut serta menyertai bengkel ini. Antara butiran berkaitan aktiviti adalah pengenalan kepada tulisan khat kufi “Apa Itu Tulisan Khat”, memberi contoh tulisan khat kepada murid, memberi penerangan cara-cara membuat tulisan khat kufi menggunakan Microsoft Excel secara hands-on dan terakhir sekali memberikan tugasan kepada murid untuk disiapkan menggunakan kreativiti mereka. Kebaikan bengkel ini adalah melatih kreativiti murid dan memahirkan murid dalam menggunakan Microsoft Excel.