Advokasi: Klik dengan Bijak & Creative Card for Hari Raya

 Tarikh  1 Jun 2019
 Masa : 9.00am - 12.00am
 Lokasi PEDi  Parit Selangor
 Peserta Pelajar sekolah rendah

 

Pada 1hb Jun 2019 dari jam 9.00pagi hingga12.00 tengahari telah diadakan bengkel Advokasi: Klik dengan Bijak & Creative Card sempena sambutan Hari raya. Bengkel ini telah dijalankan di PEDi Parit Selangor. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memahirkan penggunaan teknologi di dalam kehidupan seharian yang boleh diaplikasikan dalam pembikinan kad raya dengan menggunakan aplikasi/software yang terdapat di dalam komputer. Serta memanfaatkan kemudahan internet bagi mencari bahan yang menarik secara kreatif dan beretika. Seramai 4 orang murid sekolah rendah telah terlibat menyertai bengkel ini. Butiran berkaitan bengkel ini, dimulakan dengan taklimat ringkas kepenggunaan Klik dengan Bijak, kemudian, murid-murid diminta untuk muat turun contoh kad raya di Internet menggunakan Google search engine, seterusnya murid-murid diminta untuk membina semula kad raya berinspirasikan contoh kad raya yang telah dimuat turun. Dengan menghadiri bengkel ini, murid dapat pendedahan tentang kepentingan menggunakan Internet dengan berhemah (KDB), melatih murid kemahiran muat turun gambar di Internet dengan mudah dan melatih murid menggunakan perisian Paint dengan baik dan penggunaan warna dan berus yang bersesuaian. 

 

Advokasi : Teknologi Dan Anda Bersama Kemas Pt Baru [Siri 2]

Tarikh  27 Jun  2019
 Masa : 8.30am - 10.30am
 Lokasi KEMAS Kg Parit Baru
 Peserta KEMAS Kg Parit Baru

 

Pada 27hb Jun 2019 dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, telah diadakan program Advokasi : Teknologi Dan Anda Bersama Kemas Pt Baru untuk kali kedua pada tahun 2019. Program yang telah diadakan di TABIKA KEMAS Parit Baru. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi kepada anak-anak KEMAS. Penggunaan TABLET bagi aplikasi quivervision.com. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan TABLET dan menggunakan aplikasi ini sendiri selepas siri 1 dimana mereka telah diperkenalkan dengan penggunaan TABLET. 29 orang murid telah terlibat termasuk murid 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Butiran aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan aplikasi QUIVER. Kemudian, murid-murid diberikan bahan mewarna dan cetakan lukisan yang dimuat turun daripada portal quivervision.com dan kemudiannya murid-murid dikehendaki mewarna cetakan yang telah diberikan pada objek-objek tertentu sahaja.