e-Pembelajaran Bersama KEMAS Kampung Parit Baru

 Tarikh  4 Julai 2019
 Masa : 8.30am - 10.30am
 Lokasi PEDi  Parit Selangor
 Peserta KEMAS Kg Parit Baru

 Pada 4hb Julai 2019, telah diadakan e-Pembelajaran Bersama KEMAS Kampung Parit Baru pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Kanak-kanak perempuan berumur 5 & tahun dibawa untuk sesi elearning di PEDi  Parit Selangor. Sementelahan guru mereka terlibat dengan latihan hari potensi peringkat negeri Johor pada tarikh tersebut. Mereka ini belajar mengenai haiwan & tumbuhan yang terdapat di zoo. Penggunaan komputer /tetikus secara menyeluruh serta menggunakan kemudahan smartboard yang terdapat di PEDi . Butiran berkaitan aktiviti ini adalah, pengenalan kepada nama-nama haiwan & tumbuhan, berpeluang belajar membaca dan mengeja serta menjalankan aktiviti interaktif menjawab soalan dalam bentuk permainan pendidikan menggunakan komputer. 

  

  

Ramah Tamah Hari Raya Bersama Wi Parit Selangor 

 Tarikh  5 Julai 2019
 Masa : 8.00pm-11.0pm
 Lokasi Kg Parit Selangor
     

Pada 5hb Julai 2019, jam 8 malam hingga 11 malam, telah dianjurkan Program Ramah Tamah Hari Raya Bersama Wi Parit Selangor anjuran WI Parit Selangor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat dan juga di antara ahli-ahli WI menerusi majlis sebegini. Kebaikan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan baik dengan warga komuniti setempat dan secara tidak langsung turut terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan komuniti. 

  

 

Elearning - Introduction To Basic Art  

 Tarikh  25 Julai 2019
 Masa : 8.30am - 10.30am
 Lokasi PEDi  Parit Selangor
 Peserta KEMAS Kg Parit Baru

 Pada 25hb Julai 2019, jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, telah diadakan Program Elearning - Introduction To Basic Art  untuk kanak-kanak TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru. Sesi e-learning bersama anak-anak KEMAS Kg Parit Baru berumur 6 tahun ini memberi fokus kepada pembelajaran asas paint, melukis bentuk asas sekaligus menghasilkan bentuk asas wajah. Ini bagi memahirkan penggunaan tetikus. Seramai 11 orang murid 6 tahun telah terlibat di dalam program ini. Butiran aktiviti, pelajar diperkenalkan dengan aplikasi Paint, kemudian mereka dilatih melukis bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segitiga menggunakan tetikus. Faedah program ini adalah dapat melatih mereka untuk lebih mahir menggunakan tetikus dan mereka dapat mengetahui kepelbagaian bentuk yang ada seperti bulat, empat segi dan segitiga. Program ini dilaksanakan dengan pelajar diberikan tunjuk ajar melukis bentuk-bentuk asas menjadi rupa muka. Kemudian mereka ditugaskan melukis beberapa bentuk muka dengan menggunakan bentuk-bentuk tersebut dan akhirnya mereka ditugaskan mewarna lukisan mereka.