E-PEMBELAJARAN BERSAMA KEMAS PARIT BARU (PDK.NET)

 Tarikh  8 Ogos 2019
 Masa : 8.30am - 10.30am
 Lokasi PEDi   Parit Selangor
 Peserta KEMAS Kg Parit Baru

 

 3 kemas

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan topik kenderaan kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun. Selain melatih mereka mempunyai pengetahuan terhadap pengangkutan dan kenderaan, e-pembelajaran ini juga melatih mereka berinteraksi dengan multimedia. Menjawab soalan dengan menekan tetikus dan berinetraksi dengan respond daripada perisian tersebut. 10 orang murid 5 dan 6 tahun terlibat menyertai program yang diadakan pada 8hb Ogos ini. Butiran berkaitan aktiviti adalah pengenalan kepada nama-nama dan jenis kenderaan/ pengangkutan, berpeluang belajar membaca dan mengeja dan menjalankan aktiviti interaktif menjawab soalan dalam bentuk permainan pendidikan menggunakan komputer. Program ini dapat memberikan pengetahuan baru berkaitan kenderaan di darat, laut, dan udara, melatih mereka untuk lebih berani kedepan dan belajar mengeja serta membaca serta melatih murid untuk menggunakan komputer. Latihan yang berterusan akan menjadikan mereka lebih mahir. 

 

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA (SEMPENA PROGRAM LESTARI ICT CAKNA KESIHATAN)

 Tarikh  8 Ogos hingga 23 Ogos 2019
 Masa : 9.00am - 6.00pm
 Lokasi PEDi   Parit Selangor
 Peserta Komuniti setempat

 

IMG 20190812 WA0023

Program ini dijalankan pada 8-23hb Ogos sempena Program Lestari ICT Cakna Kesihatan. Tujuan program ini diadakan bagi melahirkan komuniti celik kesihatan, berpengetahuan berkenaan ilmu pemakanan sihat, penyakit berjangkit, senaman dan diet seimbang selain melatih komuniti celik IT dengan penggunaan carian enjin. Seramai 10 orang peserta terlibat termasuk remaja, belia dan dewasa. Butiran aktiviti adalah menjawab soalan teka silang kata dengan mencari maklumat menggunakan carian enjin dan kemudian, jawapan dimuatnaik ke Dashboard Komuniti (MyKomuniti). Faedah program ini dijalankan adalah bagi melahirkan komuniti celik kesihatan, berpengetahuan berkenaan ilmu pemakanan sihat, penyakit berjangkit, senaman dan diet seimbang serta melatih komuniti celik IT dengan penggunaan carian enjin.

 

PROMOSI MYFREEVIEW (HEBAHAN & EDARAN RISALAH)

 Tarikh  16 Ogos  2019
 Masa : 8.30am - 10.30am
 Lokasi Pasar Tani Daerah Pontian
 Peserta Pengunjung Pasar Tani

 

 IMG 20190815 104754

Pada 16hb Ogos, staff PEDi  Parit Selangor, Pulai Sebatang dan Parit Sapran telah bekerjasama menjalankan promosi MyFreeview di Pasar Tani Pontian. Tujuan kami adalah untuk membuat hebahan dan edaran risalah berkaitan siaran digital myfreeview. Ini bagi memaklumkan kepada orang ramai berkaitan pertukaran mode siaran analog kepada digital siaran tv dan radio di malaysia.  Aktiviti utama yang kami lakukan adalah mengedarkan risalah dan penerangan ringkas kepada peniaga-peniaga dan pengunjung pasar tani Pontian. Dengan ini kami dapat memberi maklumat lengkap kepada peniaga-peniaga dan pengunjung berkenaan siaran digital myfreeview dan makluman berkenaan pertukaran mode siaran analog kepada digital dapat membantu mereka membuat pilihan di dalam mendapatkan decoder dan melanggan myfreeview di kediaman mereka.

 

PROGRAM LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN 2019

 Tarikh  24 Ogos  2019
 Masa : 8.00am - 1.00pm
 Lokasi PEDi  Parit Selangor
 Peserta Komuniti sekitar PEDi

 

lestari 

Pada 24hb Ogos 2019, Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan telah berlangsung di perkarangan PEDi  Parit Selangor. Pelbagai aktiviti telah berlangsung pada hari tersebut. Antaranya senamrobik, pemeriksaan kesihatan oleh KOSPEN, Pemeriksaan papsmear oleh pihak klinik kesihatan Pekan Nanas, Taklimat kesihatan oleh pegawai farmasi Klinik Kesihatan Pekan Nanas, Kaunter Pemulangan ubatan lama, Pameran kesihatan oleh Klinik kesihatan Pekan Nanas. Aktiviti lain adalah pertandingan menu sihat bertemakan burger sihat. Pertandingan Rope Jump. Loading Race Challenge, & pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tabika KEMAS. Selain itu demo penyediaan mini burger oleh usahawanita setempat. Sebelum itu beberapa aktiviti telah dijalankan terlebih dahulu, antaranya kuiz kesihatan, Pertandingan menulis artikel, dan Push up Challenge. 

 

PROGRAM JELAJAH MERDEKA BERSAMA WARGA KEMAS KG PARIT BARU 2019

 Tarikh  30 Ogos  2019
 Masa : 8.00am - 10.00am
 Lokasi KEMAS Kg Parit Baru
 Peserta Komuniti sekitar 

 

20190830 090133

Pada 30hb Ogos 2019, bertempat di Tabika KEMAS Kg Parit Baru, telah diadakan aktiviti Jelajah Merdeka 2019. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik bersama anak-anak KEMAS serta ibu bapa penjaga dan komuniti sekitar. Kemudian diteruskan dengan jelajah kampung secara berkonvoi dengan menaiki motorsikal dan kereta. Kemudian diakhiri dengan penjurian motorsikal berhias sebelum penyampian hadiah dan juga jamuan ringan.