Advokasi KDB: Buli Siber dan Cyber Grooming

Tarikh   12hb November 2019
Masa 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi SK Parit Patah, Pontian
Peserta Pelajar tahun 4 hingga 6 SK Parit Patah

 

Pada 12hb November 2019 jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari, PEDi Parit Selangor dengan kerjasama PEDi Rambah telah mengadakan Advokasi KDB dengan modul Buli Siber dan Cyber Grooming di Sekolah Kebangsaan Parit Patah. Advokasi KDB & Perkongsian maklumat berkenaan buli siber dan Cyber Grooming bersama-sama para pelajar SK Parit Patah Pontian ini bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat yang berguna kepada para pelajar tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan media sosial. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Pengenalan kepada ICTdan temubual ringkas berkenaan penggunaan komputer dan gajet bersama peserta program, taklimat Buli Siber dan Cyber Grooming menggunakan Slide Powerpoint dengan paparan projector di hadapan dewan, berserta tayangan video yang berkaitan dan aktiviti sokongan bersama-sama pelajar iaitu sesi soal-jawab dan kuiz di mana peserta yang berjaya menjawab soalan yang betul diberikan hadiah. Kelebihan dan kebaikan program ini adalah ianya dapat memberi kesedaran kepada murid-murid betapa pentingnya keselamatan diri dan maklumat mereka di atas talian di samping memberi pengetahuan asas cara-cara melindungi diri serta doโ€™s and donโ€™tโ€™s di laman sosial. Program berakhir jam 12.30 tengahari dengan aktiviti bergambar bersama pelajar dan guru-guru.

 

  

 

Majlis Apresiasi TABIKA KEMAS 2019  

Tarikh   23hb November 2019
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru
Peserta Penduduk sekitar Kampung Parit Baru dan KEMAS negeri Johor

 

Pada 23hb November 2019, staf PEDi  Parit Selangor telah dijemput menghadiri Majlis Apresiasi TABIKA KEMAS 2019 bagi menunjukkan penghargaan kepada penglibatan aktif guru-guru dan anak-anak TABIKA KEMAS serta penglibatan para ibu bapa dan penjaga dengan setiap aktiviti di PEDi  . Program ini, selain menghargai murid-murid dan ibu bapa, ia digabungkan dengan aktiviti sempena bulan Maulidur Rasul iaitu Ceramah Agama sempena bulan Maulid oleh Ustaz Muhamad Fahmi bin Mohamad. Aktiviti-aktiviti lainnya adalah taklimat TABIKA KEMAS oleh Penyelia KEMAS Puan Samsiah binti Ramthan, ucapan dan perasmian Majlis Apresiasi oleh Penghulu Mukim Pontian Encik Norhazman bin Misran, persembahan Nasyid oleh kanak-kanak TABIKA KEMAS, penyampaian hadiah dan cenderahati, dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh ibu bapa dan komuniti Kampung Parit Baru. Kebaikan program ini selain memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak, ianya mengeratkan hubungan di antara staf PEDi, staf TABIKA KEMAS, komuniti serta ibu bapa di samping menyemarakkan bulan Maulid.