Pertandingan Memancing Tertutup Kawasan 5 Mukim Pontian

Tarikh   1hb Disember 2019
Masa 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi Kampung Parit Selangor
Peserta Penduduk Kampung Parit Selangor

 

Pada 1hb disember 2019, MPKK Kawasan 5 dan Kelab Belia Kg Parit Selangor telah menganjurkan Pertandingan Memancing Tertutup Kawasan 5 Mukim Pontian. Program santai yang berlangsung selama 4 jam ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk selain merapatkan hubungan di antara petugas PEDi dan juga warga komuniti kampung. Antara butiran aktiviti adalah pendaftaran peserta dan jualan joran kepada yang tiada joran. Kemudian, pertandingan memancing dijalankan dengan hanya menggunakan joran tradisional sahaja.Cabutan bertuah juga turut diberikan kepada para peserta dan akhirnya penyampaian hadiah kepada para pemenang. Aktiviti ini memberi kelebihan kepada penduduk iaitu dapat mengeratkan hubungan komuniti di antara 4 buah kampung di dalam kawasan 5 Mukim Pontian ini, selain menggalakkan aktiviti sihat di kalangan penduduk.

  

 

 

Creative with PAINT

Tarikh   20hb Disember 2019
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 2 orang pelajar sekolah rendah

 

Creative with PAINT - aktiviti yang dapat mengasah kreativiti anak-anak ini dalam menzahirkan idea mereka menerusi aplikasi PAINT. Mereka bebas melukis karakter kartun yang diminati dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas. Butiran bagi aktiviti ini adalah latihan melukis pelbagai karakter kartun menggunakan pelbagai bentuk asas yang terdapat di dalam aplikasi PAINT ini. Kelebihan aktiviti ini adalah ianya dapat menggalakkan pemikiran kreatif serta melatih kemahiran penggunaan tetikus agar mereka tidak kekok menggunakannya.