LAPORAN AKTIVITI

PENGGUNAAN EMAIL BAGI MEDIA SOSIAL (Business)

Tarikh   8hb Januari 2020
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Fadzwani Norashikin Binti Othman

 

Pada 8hb Januari 2020, Puan Fadzwani atau mesra dengan panggilan Kak Wani telah datang ke PEDi bagi mendapatkan bimbingan penggunaan e-Mail dan aplikasi sosial media Instagram. Beliau telah diberi penerangan secara hands-on penggunaan tablet serta penggunaan aplikasi email dan Instagram dan ini dapat memudahkan beliau menggunakan tablet sebagai gajet penting di dalam mengurus tadbir perniagaan beliau.

 

   

 

ADVOKASI : TEKNOLOGI & ANDA (Meet & Greet Quiver Session KEMAS Kg Parit Baru)

Tarikh   16hb Januari 2020
Masa 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru
Peserta 34 murid TABIKA KEMAS Parit Baru

 

Pada 16hb Januari 2020, jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, petugas PEDi  Parit Selangor telah hadir ke TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru bagi menganjurkan program ADVOKASI : TEKNOLOGI & ANDA (Meet & Greet Quiver Session KEMAS Kg Parit Baru). Ini merupakan aktiviti pertama PEDi  bagi tahun 2020. Tujuan program ini diadakan adalah bagi bersuai kenal dengan pelajar KEMAS Kg Parit Baru menerusi pengenalan kepada teknologi maklumat. Selain itu, aktiviti mewarna yang dijalankan dapat merangsang motor halus mereka dan animasi digital Quiver dapat menarik minat mereka untuk belajar dengan menggunakan peralatan IT. Butiran berkaitan aktiviti antaranya, sesi suai kenal dengan staf PEDi dan murid-murid TABIKA, aktiviti mewarna menggunakan imej QUIVER, seterusnya tayangan animasi 3-D QUIVER pada tablet bersama murid-murid. Kebaikan program ini bagi kanak-kanak adalah ianya dapat melatih murid-murid mewarna (memegang dan melakar pensil warna pada kertas) terutama kepada murid-murid baru berumur 4 dan 5 tahun yang masih lemah di dalam aktiviti mewarna, murid belajar untuk menerima arahan daripada petugas PEDi berkenaan apa yang perlu dibuat semasa aktiviti sedang dijalankan serta dapat memberi pendedahan kepada murid berkenaan animasi digital dan multimedia.

   

 

Kelas Microsoft Word (MIND MAP)

Tarikh   18hb Januari 2020
Masa 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

Muhammad Khalif Lutfi Bin Khainizan & Nur Shaheen Irdina Binti Khainizan

 

Pada 18hb Januari 2020 jam 9.30 pagi – 12.30 pagi, 2 orang murid telah mengikuti kelas Microsoft Office dengan modul Mind Map. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi melatih murid menggunakan kaedah mind map di dalam meringkaskan sesuatu idea/fakta di mana ianya bermanfaat untuk mereka menyediakan nota-nota penting di dalam pembelajaran. Butiran bagi aktiviti ini dimulakan dengan penerangan oleh petugas langkah-langkah membuat mind map menggunakan Microsoft Office, murid kemudiannya membuat latihan sambil dibantu petugas dan akhir sekali latihan diberi kepada murid dan diminta menyiapkan latihan tersebut sebelum tamat sesi/kelas. Kebaikan aktiviti ini bagi kedua-dua murid adalah memberi pendedahan kepada murid, selain penggunaan bullet dan numbering, dan jadual di dalam membuat nota, terdapat cara lain juga iaitu mind map, kemudian kaedah mind map ini dapat mengembangkan idea murid untuk meletakkan butiran-butiran idea pada tempat dan susunan yang betul.