e-Pembelajaran (Rapid Typing) - KEMAS Parit Baru

 

Tarikh   6hb Februari 2020
Masa 8.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 10 murid TABIKA KEMAS Parit Baru

 

 Kelas ini merupakan kelas pengenalan komputer dan aksesori kepada para pelajar berumur 6 tahun dan juga pengenalan kepada aplikasi Permbelajaran RapidTyping, menggunakan komputer dan papan kekunci bagi mengenal huruf. Seramai 10 orang murid TABIKA Kemas berumur 6 tahun yang terlibat menyertai kelas ini memandangkan kebanyakan mereka telah pandai mengenal huruf berbanding murid berumur 5 dan 4 tahun. Butiran aktiviti yang diadakan adalah  pengenalan kepada komputer, mouse dan keyboard, penerangan daripada staf PEDi berkaitan aktiviyi yang akan dijalankan, murid-murid ditunjukkansatu persatu huruf dan nombor pada keyboard dan seterusnya aktiviti menggunakan keyboard (menaip huruf seperti di dalam aplikasi RapidTyping). Kelebihan kelas ini dapat melatih murid-murid โ€˜familiarโ€™ dengan penggunaan komputer, keyboard dan mouse, murid belajar untuk menerima arahan daripada petugas PEDi berkenaan apa yang perlu dibuat semasa aktiviti sedang dijalankan dan mengelakkan kebiasaan murid melakukan swipe screen akibat penggunaan touch screen pada smartphone sedangkan mereka menggunakan komputer.

 

Mesyuarat Agong  Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)

Tarikh   6hb Februari 2020
Masa 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Balai Raya Kampung Parit Selangor
Peserta 28 ahli WI Kampung Parit Selangor

 

  1. Pada 6hb Februari 2020, staf PEDi telah dijemput menghadiri mesyuarat agong WI di mana mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 dan aktiviti yang dirancang sepanjang 2020. Seramai 28 orang ahli WI Kampung Parit Selangor terlibat menjayakan mesyuarat ini. Antara butiran aktiviti yang dijalankan adalah mesyuarat agong, pertandingan masakan dan diakhiri dengan jamuan. Mesyuarat ini, selain memberi manfaat kepada perancangan aktiviti 2020, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli WI dan meningkatkan kesepakatan sesama ahli WI.

 

e-Pembelajaran : pdk.net & Asas ICT - KEMAS Parit Baru

Tarikh   20hb Februari 2020
Masa 8.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 14 murid TABIKA KEMAS Parit Baru

 

 Kelas pengenalan kepada para pelajar berumur 5 tahun. Pengenalan kepada komputer dan aksesori. Pelajar diberikan pendedahan mengenai cara-cara menggunakan tetikus dengan betul. Latihan yang diberikan adalah menerusi aktiviti mewarna menggunakan aplikasi pdk.net. Pelajar juga turut belajar menyebut dan mengenal warna. Seramai 14 orang murid 5 tahun terlibat menyertai kelas ini. Butiran berkaitan aktivi adalah  pengenalan kepada komputer dan mouse, pengenalan kepada warna-warna asas dan warna-warna lain dan mewarna gambar menggunakan aplikasi e-pembelajaran pdk.net. kebaikan aktiviti ini bagi murid-murid 5 tahun adalah ianya dapat membiasakan murid-murid menggunakan mouse dengan betul dan memberi pemahaman kepada murid-murid berkenaan warna.