Bimbingan: Penggunaan e-Mail dan MS Word

 

Pada 15hb Jun 2020 Tuan Haji Khairy telah datang ke PEDi bagi melakukan tugasan beliau. Pada masa sama petugas telah membimbing beliau cara-cara menggunakan email dan MS Office Word. Tujuan bimbingan diberikan adalah untuk memberi kemahiran kepada beliau dalam membina e-mail, menghantar email, menulis ucapan pada email, melampirkan fail, forward email dan membuat pembetulan pada email yang tersalah hantar. Antara butiran latihan tersebut adalah membina e-mail, menghantar email, menulis ucapan pada email, attach file, forward email dan membuat pembetulan pada email yang tersilap hantar. Kebaikan aktiviti ini adalah untuk memudahkan beliau untuk menggunakan aplikasi gmail pada masa akan datang. 

 

  

 

Bimbingan Menyiapkan Tugasan Tingkatan 2 Dan 3

 

Tarikh   25hb Jun 2020
Masa 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Sofie Azwin Muhammad
Najiah Amalina Binti Kamsani

 

 

 Kedua-dua pelajar ini telah datang ke PEDi dan meminta bantuan untuk mereka menyiapkan tugasan mereka sebelum bermulanya musim persekolahan. Tujuan utama kami menjalankan program bimbingan ini adalah untuk membantu kedua-dua pelajar ini menyiapkan tugasan sekolah mereka memandangkan kerja-kerja sekolah sekarang diberi secara online dan mesti disiapkan dan dihantar sebelum naik musik persekolahan. Kebaikan aktiviti ini adalah dapat membantu mereka menyiapkan kerja sekolah mereka dengan cepat sekaligus mengurangkan tempoh penggunaan komputer.