ADVOKASI : TEKNOLOGI & ANDA (norma baharu PEDi & keusahawanan)

 

Tarikh   17hb Julai 2020
Masa 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

4 orang pelajar IPT dan Belia

 

Pada 17hb Julai 2020, pihak PEDi Parit Selangor telah mempromosikan penggunaan PEDi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi di dalam suasana norma baharu dan juga mempromosikan Pertandingan Usahawan yang berlangsung sepanjang Ogos hingga November. Seramai 4 orang individu terlibat di dalam promosi ini merangkumi pelajar IPT, remaja dan belia. Butiran berkaitan aktiviti ini adalah pengenalan kepada norma baharu di PEDi , di mana petugas memberi penerangan ringkas kepada pengguna dan pelajar agar mereka dpt mengamalkan norma baharu di PEDi serta penerangan kepada program anjuran PEDi iaitu Pertandingan Usahawan yang berlangsung sepanjang Ogos hingga November. Kelebihan adanya promosi seperti ini adalah dapat melatih pengguna/pelajar agar sentiasa mengamalkan norma baharu bukan sahaja di PEDi malah di mana-mana sahaja mereka berada serta menggalakkan pengguna/pelajar menyertai Pertandingan Usahawan sekaligus memberi peluang mereka menyertai kursus Shopee/Lazada, selain menggalakkan mereka menjadi usahawan di samping memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan.

  

 

 ADVOKASI : TEKNOLOGI DAN ANDA (norma baharu PEDi ) dan bimbingan tugasan sekolah

  

Tarikh   21hb Julai 2020
Masa 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

2 orang pelajar SMK Tan Sri Osman Sa'at

 

Pada 21hb Julai 2020, pihak PEDi Parit Selangor telah memberi bimbingan kepada pelajar bagi melancarkan tugasan sekolah mereka. Di mana mereka perlu membuat pembentangan secara maya menggunakan peralatan IT seperti smartboard/komputer dan telefon pintar. Seramai dua orang pelajar sekolah menengah telah terlibat iaitu kedua-duanya pelajar daripada Sekolah Tan Sri Osman Sa'at, Pontian. Butiran berkaitan aktiviti adalah pengenalan kepada norma baharu di PEDi , di mana petugas memberi penerangan ringkas kepada pelajar agar mereka dapat mengamalkan norma baharu di PEDi kerana ianya melibatkan SOP yang telah ditetapkan di PEDi dan mana-mana premis awam. Kemudian, pelajar telah diberi pengenalan kepada penggunaan smartboard untuk pembentangan kerja sekolah secara maya. Kelebihan dan kebaikan aktiviti ini adalah ianya dapat melatih pengguna/pelajar agar sentiasa mengamalkan norma baharu bukan sahaja di PEDi malah di mana-mana sahaja mereka berada dan memudahkan pelajar membuat pembentangan tugasan dengan bimbingan daripada petugas.