Advokasi Teknologi & Anda

 

Tarikh   7 Ogos 2020
Masa 9.45 pagi - 10.45 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

7 orang pelajar tahun 6 SK Parit Selangor

 

Advokasi Teknologi & Anda, KDB bersama pelajar tahun 6 telah diadakan pada 7hb Ogos 2020 jam 9.45 pagi – 10.45 pagi di PEDi Parit Selangor. Program ini bertujuan memberi pengenalan kepada Teknologi dan Anda kepada pembelajaran masa kini disamping pemantauan dan bimbingan tugasan Scratch yang dijalankan oleh pelajar-pelajar ini. Seramai 7 orang pelajar tahun 6 telah terlibat dan butiran aktiviti adalah penerangan ringkas etika menggunakan komputer di PEDi dan etika di laman sosial, dan bimbingan serta bantuan membuat animasi menggunakan aplikasi Scratch. Kelebihan aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar etika menggunakan komputer dan etika di media sosial serta dapat memberi idea dan bantuan kepada murid berkenaan animasi yang mereka cipta.

 

  

 

ADVOKASI : ASPIRASI DIGITAL (Bengkel Asas Shopee bersama usahawan)

 

Tarikh   13 - 15 Ogos 2020
Masa 9.00am - 1.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

11 orang belia dan dewasa

 

ADVOKASI : ASPIRASI DIGITAL (Bengkel Asas Shopee bersama usahawan) Perkongsian Klik dengan bijak dan Bengkel Asas Shopee bersama usahawan telah dijalankan di PEDi Parit Selangor selama 3 hari iaitu 13 - 15 Ogos 2020. Seramai 11 orang peserta telah terlibat di dalam menjayakan Bengkel ini. Bengkel ini bertujuan membawa usahawan online dan bukan online kepada satu platform yang lebih praktikal di dalam melariskan jualan mereka. Butiran aktiviti sepanjang bengkel ini dijalankan adalah penerangan ringkas etika menggunakan komputer di PEDi dan etika di laman sosial dan juga kelas bimbingan Shopee. Kelebihan bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan etika menggunakan komputer dan etika di media sosial serta memberi peluang kepada ushawan dan bakal usahawan membuat jualan di platform Shopee di samping menyertai pertandingan Usahawan PEDi 2020. 

 

   

 

 

Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020

 

Tarikh   27 Ogos 2020
Masa 2.30pm - 3.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

Maksimum 20 orang sahaja

 

Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020 telah diadakan pada 27hb Ogos 2020 jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020 ini telah diadakan sepanjang bulan Ogos dan tiba masanya pihak PEDi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya. Memandangkan kita berada dalam fasa PKPP, hanya 20 (maksimum) orang sahaja yang dibenarkan turut serta. Butiran majlis ini adalah ucapan ringkas Ketua Kampung dan Bacaan Doa serta penyampaian hadiah kepada pemenang. Kelebihan aktiviti ini selain memberi hadiah kepada pemenang, ianya juga dapat menggalakkan ramai lagi komuniti untuk terlibat di dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PEDi .