LAPORAN AKTVT NOV 2020

 

 

KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA (MIV 2020)  

Tarikh   5 & 6 November 2020
Masa 9.00am - 5.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 10 pengunjung

 

Kempen Kebebasan Bersuara MIV 2020 ini diadakan bagi mewar-warkan kepada komuniti/pengunjung PEDi khususnya berkenaan #thruthcampaign yang dilaksanakan oleh pihak MCMC. Ini bagi membendung penularan berita palsu dikalangan masyarakat lebih-lebih lagi kini negara dan dunia secara keseluruhannya sedang menghadapi pandemic covid19.Penerangan ringkas oleh petugas berkenaan #thruthcampaign ini menerusi poster /bunting yang dibekalkan kepada PEDi oleh pihak MCMC. Mereka turut bergambar bersama bunting #thruthcampaign

 

Pertandingan PIALA KAHOOT PERINGKAT KEBANGSAAN (Kategori Sek Rendah) 

Tarikh   18 & 19 November 2020
Masa 11.00am - 12.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 5 pengunjung

 

Pihak SK Parit Selangor telah pun memohon kerjasama PEDi Parit Selangor bagi membantu mereka melaksanakan program ini. Pertandingan PIALA KAHOOT Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini dijalankan secara atas talian. Pertandingan di jalankan secara atas talian dengan menggunakan kemudahan internet di PEDi . Pada peringkat akhir, pertandingan akhir dijalankan, dimulakan dengan sidang video menggunakan aplikasi google meet oleh pihak urusetia yang disertai wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.