LAPORAN AKTVT DISEMBER 2020

 

ADVOKASI : MOBILE EWASTE BERSAMA KOMUNITI 

Tarikh   7 Dec 2020
Masa 9.30am - 10.00am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Pengunjung PIK

 

Kempen Mobile Ewaste berjalan sepanjang tahun di PEDi Parit Selangor. Penduduk setempat boleh menghantar barangan e-waste mereka di sini bagi proses pengumpulan. Ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengurusan e-sisa mereka dengan berkesan. Pada bulan ini, terdapat komuniti yang juga OKU telah membuat penyerahan barangan e-waste.

 

CLASS FOR TEENAGERS

Tarikh   17HB, 20HB,  22HB & 2HB DISEMBER 2020
Masa 2.15pm - 5.15pm
Lokasi PEDi  Parit Selangor
Peserta 2 Orang Remaja

 

Pada tarikh berkenaan, sesi kelas pembelajaran telah dijalankan. Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas pelajar dalam menggunakan perisian MS Office. Ibu bapa pelajar ini telah membuat temu janji awal dan meminta kelas tambahan buat anak-anak mereka yang sedang belajar di sekolah menengah.17hb Dec 2020 kelas asas pengenalan MS word serta formatting telah dijalankan (menaip surat rasmi). 20hb Dec 2020, asas membuat jadual, pengeditan imej. 22hb Dec 2020, asas MS excel, membuat jadual di dalam excel, simple formula in excel, graf. 24hb Dec 2020, asas MS Power Point, membuat slide pembentangan.