GAMBA

 MESYUARAT BERSAMA PIHAK WILAYAH SELATAN & HQ MSD

Tarikh   19 Mac 2021
Masa 11.00Am - .12.00Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta kesemua petugas PEDi (TM) Johor

Pada tarikh berkenaan, satu mesyuarat secara atas talian menggunakan aplikasi zoom melibatkan semua petugas PEDi negeri Johor bersama-sama pihak pengurusan MSD wilayah Selatan dan HQ. Objektif mesyuarat ini adalah berkaitan tentang penambahan aktiviti yang akan dijalan pada bulan april ini. Salah satunya mengadakan sesi pembelajaran secara bersemuka di PEDi untuk pelajar sekolah rendah/menengah. Pihak PEDi  turut menawarkan perkhidmatan pendaftaran vaksin covid19. Ini bagi memudahkan komuniti setempat melakukan pendaftaran.

PROMOSI PENGGUNAAN PIK KEPADA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TG PIAI

Tarikh   12 Mac 2021
Masa 10.00Am - 12.00Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

4 orang pelajar kolej komuniti tanjung piai pontian

Sekumpulan pelajar kolej komuniti Tg Piai telah datang bagi menyiapkan tugasan mereka. Di PEDi kami menggalakan pelajar untuk datang bagi menyiapkan tugasan di mana kami menyediakan pelbagai kemudahan. Sebagai contoh, tempat belajar yang selasa, kemudahan wifi, berpenghawa dingin, kemudahan cetakan dan fotostat turut disediakan. 

ONLINE TRAINING : Video Tutorial Cara Memuat Naik Gambar Instagram Menggunakan PC (Di FB PIK)

Tarikh   23 Mac 2021
Masa 10.00Am - 6.00Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

video perkongsian mendapat 23 FB view, 6 Like. Hanya beberapa nama pemilik FB yang berdaftar dengan PEDi sahaja di masukkan ke dalam CMS  

 

Perkongsian dilakukan secara atas talian melalui medium media sosial PEDi . Kami mengambil inisiatif melalui video tutorial yang boleh menjadi rujukan kepada komuniti sekitar. Kali ini kami mengambil inisiatif melakukan ONLINE TRAINING : Video Tutorial Cara Memuat Naik Gambar Instagram Menggunakan PC (Di FB PEDi ). Perkongsian ini boleh menjadi rujukan komuniti media sosial kami pada masa akan datang. 

KUNJUNGAN MUHIBAH PENGHULU KANAN MUKIM PONTIAN

Tarikh   30 Mac 2021
Masa 10.00Am - 11.00Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

Penghulu Mukim Pontian (Tok Roslan)

Pada 30 Mac 2021, Penghulu baru mukim Pontian, Tuan Roslan Bokari selaku Penghulu Kanan Daerah Pontian telah mengadakan kunjungan ke PEDi Parit Selangor bagi mengadakan perbincangan kerjasama program. Ini merupakan kunjungan pertama beliau setelah bertukar mukim pentadbiran.