LAPORAN AKTIVITI APRIL

 

ADVOKASI & BENGKEL TAKLIMAT AL-BAYEN (Bersama guru-guru sekolah agama)

Tarikh   1 April 2021
Masa 8.30Am - .12.30Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Guru-guru sekolah agama

 

BENGKEL TAKLIMAT AL-BAYEN (Bersama guru-guru sekolah agama). Sekumpulan guru sekolah agama dari sekitar daerah Pontian telah menggunakan kemudahan bilik latihan di PEDi  bagi mengikuti taklimat aplikasi al-bayen. Menggunakan aplikasi Webbex, yang disertai lebih 300 guru-guru sekolah agama rakyat dari seluruh negeri Johor. Turut diselitkan sedikit penerangan mengenai vaksin dan klik dengan bijak. Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, sedikit sebanyak dapat mebantu para guru dan pelajar mengadakan kelas-kelas online seperti menggunakan aplikasi ‘zoom’, ‘google kelas room’ dan pelbagai lagi. Sekarang ini adalah zaman teknologi iaitu zaman yang semua orang wajib tahu asas computer. Salah satu kebaikan menggunakan perkhidmatan PEDi ini adalah kemudahan komputer, wifi, dan ruang bilik latihan yang telah tersedia

 

 SESI TAKLIMAT : Pendaftaran vaksin covid19 bersama Penghulu & Ketua-ketua Kampung Mukim Pontian 

Tarikh   7 April 2021
Masa 9.00PM - 10.00PM
Lokasi Bilik Mesyuarat Kompleks Pengulu Mukim Pontian
Peserta Penghulu & Ketua-ketua Kampung Mukim Pontian 

 

Pada tarikh 7 april 2021 pihak PEDi Parit Selangor  telah menerima jemputan daripada Penghulu & Ketua-ketua Kampung Mukim Pontian  untuk memberi taklimat berkaitan pendaftaran vaksin covid 19 bertempat di bilik mesyuarat Kompleks Penghulu Mukim Pontian. Taklimat tersebut bertujuan untuk membantu orang kampung yang masih belum mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin covid 19. PEDi Parit Selangor ingin mengambil inisiatif membantu orang kampung untuk mendaftar vaksin covid 19 atas talian secara percuma. Vaksin covid 19 ini wajib diambil setiap individu supaya kita dapat membentuk imuniti kelompok & dijauhkan diri daripada wabak ini dan secara tidak langsung dapat memutuskan rantaian covid 19 di negara kita ini.

 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2021 

Tarikh   24 April 2021
Masa 10.30AM - 11.00AM
Lokasi PEDi Parit Selangor 
Peserta 15 Penyertaan 

 

Pada 24 april 2021 PEDi Parit Selangor telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan video kreatif 2021 kepada pemenang. Majlis tersebut diadakan pada jam 10.30am – 11.00am dan pertandingan video kreatif 2021 ini telah menerima 15 penyertaan pada tahun ini, disamping itu PEDi Parit Selangor telah menjemput Penghulu Mukim Pontian iaitu Encik Roslan Bin Bokari untuk penyampaian hadiah kepada para pemenang video kreatif pada 2021. Pertandingan ini adalah bagi membina hubungan baik dengan komuniti sekitar, selain mempromosikan keberadaan PEDi ini.