Untitled

 

Kelas Asas komputer Bersama Warga Emas

Tarikh   26/12/2021
Masa 10.00 am - 11.00 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Mohd Khairy Bin Halimi
  1. Tuan Haji Mohd Khairy bin Halimi) telah datang bagi mendapatkan bantuan bagi menggunakan komputer ribanya yang baru. Beliau meminta bantuan untuk menyusun atur fail bahan penulisan beliau (beliau merupakan seorang penulis novel satira). Kedatangan beliau ke PEDi menunjukkan saling kebergantungan di antara PEDi dan Komuniti setempat

 

Taklimat Klik Dengan Bijak di Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS)

Tarikh   31/12/2021
Masa 9.00 am - 11.00 am
Lokasi Dewan Serbaguna Kampung Parit Rambai
Peserta
  1. Komuniti Sekitar Kg Parit Rambai 

Taklimat Klik Dengan Bijak di Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) Anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor. Peserta yang terlibat merupakan komuniti sekitar di Kg Parit Rambai. (Pihak SKMM Johor telah meminta PEDi yang berhampiran untuk menjadi wakil bagi penyampaian Taklimat KDB ini. Wakil Petugas daripada 3 buah PEDi telah hadir bagi menyempurnakan tugasan ini. 3 orang petugas daripada PEDi Parit Bilal Rembah, Parit Selangor, dan Parit Sapran). Salah satu aturcara program adalah Taklimat Klik Dengan Bijak kepada komuniti yang hadir ke program berkenaan. Penerangan yang diberikan menerusi taklimat KDB tersebut berkaitan isu semasa seperti siber buli, pengantunan, scam etc. 

 

Perjumpaan bersama Pihak MP – Parlimen Tanjung Piai

Tarikh   31/12/2021
Masa 2.30 Pm - 3.00 Pm
Lokasi Pejabat Khidmat Pelanggan MP Tanjung Piai (Caw. Pekan Nanas)
Butiran penerima

Nama

PEDi

Hilyatun Nazah Binti Sanif

Parit Selangor

Noraziah Binti Abas

Taman Nilam

Nurintan Binti Mohd Yusof

Parit Bilal Rembah

Mohd Adli

Permas

 

 

Pada 31 Disember 2021 4 orang wakil daripada 4 buah PEDi yang berada di dalam Parlimen Pontian telah membuat temujanji dengan pihak YB Dato' Seri Wee Jeck Seng. Perjumpaan ini bertujuan untuk meminta tandatangan pengesahan PANEL PENASIHAT PEDi. Perjumpaan ini juga bertujuan mengenalkan keberadaan PEDi kepada pihak Parlimen, disamping dapat mewujudkan hubungan baik dengan organisasi lain.