LAPORAN AKTIVITI PEDI JAN

BIMBINGAN: Facebook page setup kepada usahawan 

Tarikh   9/1/2022
Masa 9.30 am - 12.30 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Jariah Samino

 

Pada 9 Januari 2022, Puan Jariah telah membuat temujanji bagi mendapatkan bimbingan berkenaan cara hendak membuat  facebook page untuk perniagaan beliau. Beliau sedang dalam perancangan bagi membina jenama kedainya. Sebagai langkah permulaan, beliau menggunakan platform media sosial Facebook bagi proses promosi/pemasaran awal. Sesi pembelajaran meliputi setting facebook page (melengkapkan maklumat yang diperlukan), memasukkan gambar produk dan membuat posting pengenalan. PEDi menjadi platform pemudah cara dan membantu beliau sebagai usahawan di komuniti ini.

BIMBINGAN: Menyiapkan kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1

Tarikh   19/1/2022 - 21/01/2022
Masa 2:30 am - 4.30 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Masyitah binti nor wahid
  2. Nur syaliana binti abdullah
  3. Zarit Nurul Arisshabinti mohd zakri

 

Pada 19, 20, & 21 Januari 2022, sekumpulan pelajar tingkatan 1 SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at telah ke PEDi Parit Selangor untuk menyiapkan kerja kursus sekolah mereka. Bimbingan telah diberikan kepada para pelajar ini. Sebagai permulaan, mereka didedahkan dengan asas menaip dengan menggunakan MS Word. Mereka dikehendaki untuk menaip kerja kursus mereka mengikut topik yang dipilih. Setelah selesai tugasan menaip, mereka dibimbing untuk mengedit tugasan tersebut menggunakan fungsi yang ada pada MS Word. Bahagian yang terakhir adalah menggunakan fungsi enjin carian Google bagi mencari imej yang bersesuaian untuk dimasukkan kedalam tugasan mereka.