LAPORAN AKTIVITI MAC

 

BIMBINGAN : MENCARI & MEMUAT TURUN AUDIO / LAGU BAGI KEGUNAAN CAFร‰ PERNIAGAAN.

Tarikh   9/3/2022
Masa 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

NUR SHAZWANI NADHIRAH BINTI ZULKARNAIN

 

Pada 9 mac yang lalu saudari shazwani telah datang ke PEDi Parit Selangor bagi mendapatkan bantuan bagaimana cara hendak memuat turun lagu untuk kegunaan cafe perniagaan majikan beliau. Langkah pertama ialah saudari shazwani hendaklah menyediakan 1 pendrive, diikuti dengan memilih audio/lagu dan seterusnya proses memuat turun lagu daripada internet menggunakan aplikasi percuma secara atas talian. Selain itu, beliau perlu memastikan format lagu tersebut adalah betul (MP3) sebelum disimpan ke dalam pendrive yang dibawanya tadi.

 

BIMBINGAN : PENGGUNAAN GOOGLE MEET BAGI KURSUS PRA PERSARAAN

Tarikh   9/3/2022
Masa 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

NORASWANA SAMINO

 

Puan Noraswana merupakan guru TABIKA KEMAS Kg Parit Baru. Beliau telah datang ke PEDi bagi mendapatkan bantuan untuk โ€˜settingโ€™ penggunaan google meet di komputer ribanya (laptop). Sebelum itu, beliau dibantu bagi 'log in' ke dalam email beliau. ini kerana beliau menghadapi masalah berkenaan password. Setelah berjaya 'log in' ke dalam email, barulah beliau dapat mengikuti kursus pra persaraan beliau dengan lancar.

 

BIMBINGAN : CANVA EDITING  FOR EVENT POSTER

Tarikh   9/3/2022
Masa 10.00 am - 1.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

NUR SHAZWANI NADHIRAH BINTI ZULKARNAIN

FADZWANI NORASHIKIN BINTI OTHMAN

 

Puan fadzwani telah datang ke PEDi bersama pekerjanya. Mereka ingin mendapatkan bantuan bagi menyiapkan poster program beliau. kakitangan pedi parit selangor mencadangkan poster itu boleh disiapkan menerusi aplikasi Canva, kerana terdapat template sedia ada yang mampu memudahkan kerja beliau.