LAPORAN BULANAN APRIL 2022

 

KUNJUNGAN PIHAK MPPN & PEJABAT DAERAH PONTIAN BERSAMA PENGHULU MUKIM KE PEDI PARIT SELANGOR

   18/4/2022
Masa 9.30 am - 10.30 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Wakil Pejabat Daerah Pontian
    1. Wakil Majlis Perbandaran Pontian
    2. Penghulu Mukim

 

Pada 18 april yang lalu PEDi Parit Selangor telah menerima kunjungan dari Majlis Perbandaran Pontian, Pejabat Daerah Pontian dan Penghulu Mukim. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk meninjau kemudahan yang terdapat di PEDi Parit Selangor, serta sesi pengenalan bersama petugas PEDi. selain itu dapat mempromosikan kewujudan PEDi kepada pihak/agensi sekitar daerah dan sesi suai kenal bersama pihak berkuasa tempatan dan penduduk setempat

 

BIMBINGAN : MS POWER POINT (EDIT SLIDE TO PRINT SLIDE)&NBSP

   8/4/2022
Masa 10.30 am - 12.30 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. MUHAMMAD NASHRIQ BIN AZMAN
  2. MUHD NIZAMUDDIN BIN M. SUHAR

 

Bimbingan dari petugas pedi parit Selangor yang hendak membantu pelajar tingkatan 6 untuk menyiapkan tugasan kuliah diberi dari pensyarah. Tugasan kali ini perlu membuat pembentangan dan oleh sebab itu pelajar diarahkan menggunakan ms power point untuk dibentangkan semasa hari persekolahan nnti. Pelajar tersebut  telah datang ke pdi untuk meminta bantuan atau meminta ajar dari salah seeorang kakitangan pedi cara bagaimana hendak mengedit slide show yg telah dibuat semasa disekolah tadi.

 

TEKNOLOGI & ANDA : PEMBELAJARAN INTERAKTIF (pdk.net)

   14/4/2022
Masa 8.30 am - 10.30 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pelajar TABIKA Kemas Kg Parit Baru

 

Pedi parit Selangor telah menjalankan 1 aktiviti bersama pelajar TABIKA Kemas Kg parit baru yang diadakan di pedi parit Selangor. Aktiviti yang dijalankan adalah pembelajaran secara interaktif yang akan mengaktifkan motor halus mereka. Dalam masa yang sama dapat menarik minat mereka mempelajari sesuatu menggunakan kemudahan yang berlainan daripada yang terdapat di sekolah. Aktiviti ini juga dapat meluaskan interaksi bersama individu dewasa lain selain ahli keluarga dan guru disekolah. Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan yang telah dirancang dengan kerjasama pihak /guru TABIKA Kemas Kg Parit Baru

 

ADVOKASI : MOBILE EWASTE BERSAMA KOMUNITI

   15/4/2022
Masa 2.00 pm - 2.30 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. AIDIL FAZLI BIN PARDIMIS WANDI

 

 

Mobile ewaste atau nama barunya KITAR adalah program kitar semula peranti elektronik yang dijalankan sepanjang tahun di dalam komuniti. Program ini dijalankan sepanjang tahun dengan tujuan meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat tentang pentingnya mengitar semula peranti elektronik mereka dengan cara yang selamat. Komuniti setempat hendaklah hadir ke PEDi Parit Selangor bagi menyerahkan peranti elekronik untuk dikitar semula.