lapora mei

 

BIMBINGAN : Membuat Resume & Permohonan SPA9

  Tarikh 11 & 17 Mei 2022
Masa 2.30 am - 3.30 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. MOHAMAD ASLAM MOIDUTY

 

Saudara Aslam telah datang ke PEDi Parit Selangor bagi mendapatkan bantuan bagi menyiapkan resume beliau. Ini kerana beliau dalam proses mencari pekerjaan baru di Johor Bahru.  Disamping itu, bimbingan telah diberikan bagi mengaktifkan akaun SPA9 untuk pencari pekerjaan dalam sektor awam. 

 

 TEKNOLOGI & ANDA (Pembelajaran Interaktif) (Using PDK.net)

  Tarikh 12 Mei 2022
Masa 8.30 am - 10.30 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pelajar TABIKA Kemas Kg Parit Baru

 

Aktiviti bersama TABIKA Kemas Kg Parit Baru dengan pelajar seramai 10 orang. Aktiviti e-learning menggunakan kemudahan peralatan komputer sebagai langkah awal dalam memberikan pendedahan dengan teknologi maklumat (ict). Aktiviti yang dijalankan semasa kelas pada minggu ini adalah pengenalan kepada penggunaan komputer dan cara yang betul bagi menggunakan tetikus. Aktiviti ini dapat membantu mengaktifkan motor halus meraka, sekaligus menarik minat  untuk mempelajari sesuatu yang berlainan. Selain itu, ini dapat meluaskan interaksi bersama individu dewasa lain selain ahli keluarga dan guru di sekolah.

 

 TAKLIMAT KPI & PENGURUSAN PROGRAM 2022 BERSAMA MCMC JOHOR

  Tarikh 16 & 17 Mei 2022
Masa -
Lokasi Trove Hotel Johor Bahru
Peserta
  1. Semua wakil PEDi daripada negeri Johor bersama MCMC Negeri Johor dan MCMC HQ

 

Pada 16 & 17 Mei 2022 yang lalu MCMC Negeri Johor telah mengadakan taklimat bersama wakil petugas seluruh PEDi Negeri Johor. Taklimat yg diadakan adalah berkenaan penerangan/penjelasan lanjut berkaitan KPI PEDi oleh MCMC negeri Johor & HQ. Sesi suai kenal para petugas PEDi bersama pihak MCMC negeri/HQ turut diadakan.Selain itu sesi soal jawab secara terus kepada MCMC HQ & Negeri telah diadakan bagi menjawab segala kemusykilan. 

 

 BIMBINGAN : Online Banking Setup

  Tarikh 26 Mei 2022
Masa 4.30pm-5.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. MUHAMMAD DANISH AKMAL BIN SHAROM SHAH
  2. MUHAMMAD HAIRUL FIKRI BIN HARIUN

 

Pada 26 mei yang lalu 2 orang belia  Kampung Parit Selangor telah datang ke PEDi Parit Selangor bagi minta bantuan bagi mengaktifkan akaun perbankan atas talian mereka. Ini bagi memastikan mereka menggunakan kaedah yang betul dan selamat kerana berkaitan dengan maklumat peribadi mereka. Disamping itu mereka juga dapat belajar mengenai cara menggunakan perbankan online menggunakan gajet / telefon pintar masing-masing.

 

 

 SAMBUTAN AIDILFITRI RAYA SEKAMPUNG BERSAMA SK PARIT SELANGOR

  Tarikh 29 Mei 2022
Masa 8.30am-10.30am
Lokasi SK Parit Selangor
Peserta
  1. Warga SK Parit Selangor & Penduduk sekitar di Kg Parit Selangor 

 

Petugas PEDi Parit Selangor telah diundang ke majlis sambutan Hari Raya Sekampung yang diadakan di SK Parit Selangor. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran penduduk kampung serta komuniti setempat. Program dijalankan bermula jam 8.30 sehingga 10.30 pagi. Sepanjang majlis, pelbagai aktiviti dijakankan seperti persembahan kompang, baju raya tercantik, tarian zapin dan banyak lagi. Dengan adanya sambutan ini ia dapat mengeratkan sillaturahim antara pihak sekolah serta komuniti yang ada disekitarnya.