LAPORAN AKTIVITI JUNA 2022

TEKNOLOGI & ANDA (PEMBELAJARAN INTERAKTIF) WWW.ABCYA.COM

 

  Tarikh 23/6/2022
Masa 8.30 am - 10.30 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pelajar tabika kemas kg parit baru

 

Kelas pada bulan ini bersama pelajar TABIKA Kemas Kg Parit Baru menggunakan bantuan aplikasi atas talian www.abcya.com. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti e-learning dengan pengenalan nombor dan huruf, permainan pendidikan menggunakan alat bantuan mengajar 'smartboard'. Sasaran aktiviti ini adalah untuk merangsang motor halus mereka sekaligus sebagai aktiviti asas pengenalan ict pada murid-murid ini. Dalam masa yang dapat meluaskan interaksi bersama individu dewasa lain selain ahli keluarga dan guru disekolah. 

 

PENGHANTARAN TABLET DARIPADA PIHAK MCMC JOHOR BAGI KEGUNAAN USAHAWAN ECOMMERCE

  Tarikh 21/6/2022
Masa 3.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Aktiviti
  1. Penghantaran & penerimaan 10 buah tablet. 

 

Pada 21 jun yang lalu PEDi Parit Selangor telah menerima 10 set tablet berjenama lenovo beserta aksesori dari pihak MCMC Johor untuk kegunaan usahawan ecommerce. Bantuan pinjaman peralatan ini diharap dapat membantu para usahawan setempat dalam memasarkan serta urusan ecommerce mereka.