1. Untitled
  2.   Tarikh

     10/11/2022
    Masa 1.00 pm - 2.00 pm
    Lokasi DEWANI SPA & CAFE
    Peserta
    1. FADZWANI NORASHIKIN BINTI OTHMAN
    2. NUR SHAZWANI NADHIRAH BINTI ZULKARNAIN
    3. NUR SYAFIQAH BT CHE HASSIM

 

Kunjungan Muhibah ke Premis Dewani SPA & Cafe

Petugas PEDi bersama Rakan Digital PEDi telah berkunjung ke premis perniagaan milik usahawanita, Puan Fadzwani Norashikin Binti Othman. Beliau menjalankan perniagaan SPA Muslimah (khas untuk golongan wanita sahaja) dan juga Cafe Santai. Kedua-dua premis perniagaan beliau ini terletak di perkarangan Masjid Jamek Pekan Nanas. 

 

  Tarikh 17/11/2022
Masa 11.00 Am - 1.00 pm
Lokasi SK PARIT KUDUS
Peserta
  1. PELAJAR DAN GURU SK PARIT KUDUS

 

ADVOKASI Di Program Jurang Digital & Klik Dengan Bijak Di SK Parit Kudus

    1. Advokasi Klik Dengan Bijak di Program Jurang Digital SK Parit Kudus. Bertempat di Dewan Terbuka SK Parit Kudus pada 17 November 2022. Program ini melibatkan taklimat Klik Dengan Bijak oleh wakil PEDi Daerah Pontian. Selain itu turut dilakukan tayangan video berkaitan Buli Siber, Tak Pasti Jangan Kongsi & Over sharing. Turut dijalankan aktiviti soal jawab dan kuiz kepada para pelajar. Guru-guru dan seramai 229 orang pelajar telah turut serta sepanjang 2jam program ini berlangsung.  

 

  Tarikh 24&255 NOV 2022
Masa 11.00 Am - 1.00 pm
Lokasi PEDI PARIT SELANGOR
Peserta
  1. 7 orang wakil Penerima 

 

Penyerahan Aset Lama Kepada Pihak yang Berkenaan

    1. Sebanyak 7 buah organisasi terlibat bagi penerimaan aset lama PEDi Parit Selangor. Pihak yang terlibat adalah SK Parit Selangor, SK Seri Bukit Panjang, SK Parit Patah, Sek Agama Parit Selangor, Klinik Desa Parit Selangor, TABIKA KEMAS Parit Baru, dan Kompleks Penghulu Mukim Pontian. Penyerahan peralatan komputer lama ini merupakan langkah pelupusan asset lama yang dikawal selia oleh pihak TM. Aset lama ini masih lagi berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan oleh pihak kedua yang telah memohon untuk mendapatkannya. Pihak tersebut dapat memanfaatkan peralatan terpakai ini dengan sebaiknya.