FEB

 

  Tarikh 02 /02/2023
Masa 3.30 pm - 5.30 pm
Lokasi Homestay Dโ€™Mutiara  Inn
Peserta
  1. Puan Asmawati Suratin

 

KUNJUNGAN KE PREMIS HOMESTAY Dโ€™MUTIARA MILIK PUAN ASMAWATI SURATIN (USAHAWAN)

Petugas PEDi bersama Rakan Digital PEDi telah melakukan kunjungan ke Homestay milik usahawan setempat. Usahawan yang dimaksudkan adalah Puan Asmawati Suratin. Beliau merupakan penduduk Kg Parit Selangor. Kunjungan yang dilakukan ini adalah bagi mendapatkan maklumat serta sesi photoshoot sekitar homestay serta proses pembuatan video iklan untuk homestay beliau ini. 

 

  Tarikh 13/02/2023
Masa 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Tn Hj Mohd Khairy Bin Halimi

 

BIMBINGAN : PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA KEPADA WARGA EMAS

 Tuan Hj Mohd Khairy merupakan seorang penulis novel satira.Beliau telah datang ke PEDi Parit Selangor bagi mendapatkan bantuan bagi penggunaan komputer riba baru milik beliau. Beliau kurang mahir dengan fungsi yang terdapat dikomputer riba baru tersebut. 

 

  Tarikh 15/02/2023
Masa 4.00 pm - 6.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pn. Fadzwani Norashikin & staff (Dewani Spa & Cafรฉ)

 

BIMBINGAN MEREKA BENTUK BANNER PROGRAM

Puan Fadzwani telah datang bersama staff beliau bagi mendapatkan bimbingan mengenai rekaan banner program. Ini disebabkan beliau kesuntukan masa serta memerlukan bantuan bagi mereka bentuk banner program dalam kapasiti segera. Dalam pada itu, beliau juga ingin agar staff beliau dapat mempelajari serba sedikit mengenai rekaan banner bagi keperluan masa akan datang. 

 

  Tarikh 16/02/2023
Masa 12.30 pm 
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Puan Suliza & Promosi Produk TEEGA

 

USAHAWAN & PROMOSI PRODUK TEEGA

Puan Suliza telah datang PEDi untuk meletakkan produk TEEGA di Mini Vendor PEDi. Komuniti yang mempunyai produk kering/tahan lama dialu-alukan untuk menyertai mini vendor PEDi Parit Selangor. 

 

  Tarikh 15/02/2023
Masa 11.00 am -12.00 pm 
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Hussin Bin Ahmed

 

BANTUAN MENYIAPKAN LAPORAN ORGANISASI

Saudara Hussin bin Ahmed telah hadir ke PEDi Parit Selangor bagi mendapatkan bantuan bagi menyiapkan laporan minit mesyuarat tahunan organisasi seliaan beliau. Ini kerana beliau mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan dan turut kesuntukan masa.