cover mac

 

Kunjungan ke PEDi Parit Selangor oleh Puan Saliah dan Encik Jasmi

  Tarikh 11/03/2023
Masa 2.00pm-3.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Kunjungan daripada pihak pengurusan MSD
  2. (En.Jasmi & Puan Saliah)

 

  1. Puan Saliah dan Encik Jasmi telah datang pada pukul 2.15pm dan berada di PEDi Parit Selangor sehingga linkungan pukul 3.30pm. Mereka bertanyakan mengenai operasi PEDi dan juga situasi semasa di PEDi. Kunjungan ini adalah bagi mengetahui keadaan PEDi dan petugas dengan lawatan mengejut secara rawak ini.

 

 

Keusahawanan: Basic Shopee (seller center) Mac 2023

  Tarikh 12/03/2023
Masa 9.30am-12.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. NORLIANA BT MOHD YUSOFF, SUHAILA BINTI AHMAD, & NOR AZILAWATI MD KOSERAN

 

Keusahawanan: Basic Shopee (seller center) Mac 2023. Kelas dijalankan di PEDi Parit Selangor dikelolakan oleh Rakan Digital Parit Selangor. Penyertaan kelas ini terdiri daripada 3 orang Wanita yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan dari rumah. Kelas ini memfokuskan kepada 1.Penerangan berkaitan Basic Shopee Seller Centre. 2.Cara muat naik produk. 3.Cara untuk menguruskan pesanan.  Selain itu. kelas ini turut mengajar usahawan tempatan / PKS mengenai platform ecommerce dan sebagai salah satu cara bagi memahirkan penggunaan Shopee sebagai platform penjualan atas talian.

 

 BIMBINGAN: MS Excel (table & filter)

  Tarikh 15/03/2023
Masa 12.00pm-1.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. PUAN FADZWANI NORASHIKIN BINTI OTHMAN

 

  1. Puan Fadzwani Norashikin telah datang ke PEDi Parit Selangor pada tarikh berkenaan bagi mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan kertas kerja program anjuran beliau. kelas ringkas ini memfokuskan kepada asas MS Excel, Formating data / nama dengan menggunakan function filter di excel dan memindahkan data di MS word ke MS excel

 

 

Menyantuni Jemputan ke Program Kacak Menawan Kembali ke Sekolah

  Tarikh 17/03/2023
Masa 9.00am-11.00am
Lokasi Dewan Tunku Ibrahim Ismail Pekan Nanas
Peserta
  1. Para pelajar B40 sekitar daerah Pontian

 

Program Kacak Menawan Kembali ke Sekolah bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Pekan Nanas. Program ini adalah anjuran MPPn, Yayasan Perbandaran Pontian, PPD dengan usahasama pihak Dewani Enterprise. Program amal gunting rambut buat anak-anak b40 yang akan kembali ke sekolah. Program ini menghimpunkan 30 orang Barber daripada Barber Shop & Salon sekitar Pontian, Gelang Patah, Kulai.