COVER ACT APR2023

 

BIMBINGAN: Formating (MS Word) Kertas Kerja Seni & Pelancongan Pontian

  Tarikh 02/04/2023
Masa 2.30PM-3.30PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Tuan Hj Mohd Khairy Bin Halimi

 

Petugas PEDi telah didatangi oleh seorang penggerak seni (Penulis Novel Satira) bagi mendapatkan bimbingan dan bantuan bagi menyiapkan Kertas Kerja beliau. Pihak PEDi telah memberikan bimbingan penggunaan MS Word kepada Tn Hj Khairy selaku warga penggerak bagi menyiapkan Kertas Kerja Seni Pelancongan Pontian. Ianya meliputi asas MS Word & Formating data / nama dengan menggunakan function di dalam MS word.

 

Bimbingan: Perbankan dalam talian: QR pay / Duit now

  Tarikh 13/04/2023
Masa 2.00PM-3.00PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pn Asmawati Binti Suratin

 

Puan Asmawati merupakan seorang usahawan tempatan yang memiliki beberapa buah bengkel membaiki kenderaan yang diusahakan bersama suami beliau. Beliau turut mempunyai beberapa perniagaan lain seperti homestay dan perkhidmatan kereta/van sewa. Beliau telah datang ke PEDi bagi mendapatkan tunjuk ajar bagi memahami sistem pembayaran dalam talian. Sekaligus memudahkan transaksi jual beli perniagaan beliau. Tujuan utama beliau adalah bagaimana untuk mendapatkan QR code Duit Now bagi CIMB dan Maybank dan bagaimana menggunakan aplikasi Duit Now & QR Pay. Kedua-dua ini adalah bagi mempelbagaikan pilihan transaksi pembayaran yang ada kepada pelanggan dan memudahkan transaksi jual beli perniagaan beliau. 

 

Advokasi & Majlis Khatam Al-Quran HELWA Masjid Kg Parit Selangor

  Tarikh 15/04/2023
Masa 9.00AM-11.00AM
Lokasi Masjid Jamek Kg Parit Selangor
Peserta
  1. HELWA dan Wanita Kg Parit Selangor

 

Majlis Khatam Al-Quran sempena Ramadan 1444H / 2023. Seramai 16 orang Wanita Kariah Masjid Jamek Kg Pt Selangor telah terlibat bagi mengimarahkan program ini. Majlis bermula pada 9.00am dengan kehadiran para pesrta. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat sebelum diteruskan dengan bacaan surah lazim daripada juzuk ke 30. Kemudian tenaga pengajar sepanjang program ini turut dijemput bagi memberikan sedikit ucapan. Sebelum majlis ini berakhir, bagi meraikan semua yang terlibat penyerahan sedikit cenderahati dan bunga telur serta sesi bergambar telah diadakan.