AKTVT MEI 2023 

BIMBINGAN: Penggunaan Aplikasi Canva (Resume)

  Tarikh 9 Mei 2023
Masa 9.30AM-11.30AM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. NURADREENA ADHA

 

Adik Adreena datang ke PEDi untuk mendapatkan bimbingan bagi menyiapkan diri dengan resume. Beliau merupakan pelajar lepasan Kolej Tingkatan 6 Pontian dan sedang menunggu keputusan penuh peperiksaan STPM. Beliau ingin mencari pekerjaan sementara menanti keputusan STPM tersebut. Menggunakan aplikasi online canva, resume dapat dihasilkan dengan mudah dan lebih menarik. Adik Adreena juga dapat menambah baik lagi softkill beliau dalam penyediaan resume.

 

BIMBINGAN: Melengkapkan SSM Ezybizz

  Tarikh 10 Mei 2023
Masa 3.00PM-5.00PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. AIDIL FAZLI BIN PARDIMIS WANDI

 

Saudara Aidil telah datang ke PEDi untuk proses menyiapkan pendaftaran SSM Ezybizz beliau. Petugas PEDi telah membantu beliau mengenal pasti maklumat SSM yang tidak lengkap sekaligus melengkapkan dokumen dan butiran yang di minta oleh Online Ezybizz. 

 

Advokasi & Sesi Perbincangan Bersama Tn Hj Khairy (Penulis Novel Satira)

  Tarikh 24 Mei 2023
Masa 2.45PM-4.45PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Tn Hj Mohd Khairy Bin Halimi

 

  1. Pihak PEDi telah didatangi oleh Seorang Penulis Novel Satira yang juga merupakan warga Komuniti sekitar PEDi. Beliau telah melakukan sesi perbincangan bagi mengadakan program kerjasama (Program bersama persatuan penulis). Perbincangan ini melibatkan rangka awal program. Tn Hj Khairy merancang untuk bekerjasama dengan pihak PEDi bagi menjayakan program ini dan dijangka  untuk berlangsung padaJuly – Ogos.

 

Majlis Hari Raya TABIKA KEMAS Kg Parit Baru

  Tarikh 14 Mei 2023
Masa 10.00AM-12.00PM
Lokasi KEMAS KG PARIT BARU
Peserta
  1. Guru, Pelajar & Ibu Bapa serta komuniti sekitar

 

Pihak PEDi telah diundang bagi menyerikan lagi Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat KEMAS Kg Parit Baru. Kami sangat berbesar hati menerima undangan ini. Ini menunjukkan penghargaan komuniti serta organisasi yang terdapat disekitar PEDi.