362477964 1182092749848615 1097163288468502190 n

 

 

ADVOKASI: Teknologi & Anda (Bersama KEMAS Kg Pt Baru)- 6 tahun

  Tarikh 15 Jun 2023 
Masa 8.30 am-10.30 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. PELAJAR TABIKA KEMAS KG PT BARU

 

Kelas bulanan bagi sesi pertama 2023 bersama pelajar TABIKA KEMAS Kg Parit Baru. Untuk permulaan kelas, pelajar diberikan pengenalan mengenai asas penggunaan komputer dan pengenalan peralatan di biliklatihan PEDi. Kemudian pelajar diberikan aktiviti e-learning / fun games secara online melalui website www.abcya.com. Aktiviti ini dapat mengasah kreativiti dan melatih motor halus mereka.

 

Bantuan menyiapkan Laporan Aset Kawasan 9

  Tarikh 7 jun 2023 
Masa 4.00 pm-5.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Ketua Kampung Kawasan 9 ( Ahmad Shah Bin Sartani) 

 

Encik Ahmad Shah Bin Sartani selaku ketua kampung kawasan 9 telah mengunjungi pedi bagi mendapatkan bimbingan dan bantuan daripada petugas pedi untuk menyiapkan Laporan Aset Kampung.
Beliau juga telah mengumpulkan beberapa maklumat yang melibatkan longitude/latitude serta gambar asset yang berkenaan untuk dikemaskini mengikut spesifikasi format yang telah ditetapkan

oleh pihak pejabat daerah.

 

Bantuan Pendaftaran SSM (ezbiz)

  Tarikh 16 Jun 2023 
Masa 9.40 am- 10.40 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1.  Pn Rosyatimah Rosnin

 

Puan Rosyatimah Rosnin dan suami telah hadir ke PEDi bagi mendapatkan bantuan untuk urusan pendaftaran SSM perniagaan secara atas talian. Maklumat yang lengkap diperlukan seperti salinan No K/P,
Lesen kenderaan dan Surat beranak bagi proses pengaktifan akaun ezbiz SSM.  Mereka berjaya membuat temujanji video call dengan pihak SSM. 

 

 

Teknologi & Anda (Bersama KEMAS Kg Pt Baru) - 4 & 5 tahun)

  Tarikh 22 Jun 2023 
Masa 8.30am-10.30am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pelajar Tabika Kemas Kg Parit Baru

 

 

Sesi pertama 2023 kelas bersama anak-anak TABIKA KEMAS Pt Baru (4 tahun & 5 tahun). Untuk permulaan kelas, pelajar diberikan pengenalan mengenai asas penggunaan komputer dan pengenalan peralatan di bilik latihan PEDi. Kemudian pelajar diberikan aktiviti e-learning  / fun games (mewarna) secara online melalui website www.abcya.com. Aktiviti ini dapat mengasah kreativiti dan melatih motor halus mereka.