7 

 

BIMBINGAN : Aplikasi Canva & Anyflip (Penyediaan Buku Program)

  Tarikh 9 July 2023
Masa  9.30am-12.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Guru Besar SK Parit Patah (Pn Zarina Sidek)

 

  1. Puan Zarina Binti Sidek telah datang ke PEDi bagi mendapatkan bantuan untuk mengedit buku program digital melalui aplikasi canva dan anyflip. 

 

BIMBINGAN ICT : E-Learning (Aplikasi Rapid Typing)

  Tarikh 13 July 2023
Masa 9am-10am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. TABIKA KEMAS Parit Baru (pelajar 6 tahun)

 

Kelas pengenalan teknologi maklumat dan e-learning bagi sesi kedua 2023 bersama anak-anak TABIKA KEMAS Pt Baru (6 tahun). Untuk permulaan kelas, pelajar diberikan pendedahan awal cara dan kaedah yang betul untuk penggunaan komputer dan internet. Kemudian pelajar diberikan aktiviti menaip dan mengenal huruf menggunakan komputer. Aktiviti ini dapat melatih jari dan pergerakan tangan. Ia juga dapat melihat sejauh mana pelajar mengenal huruf di komputer. Kelas ini menggunakan aplikasi Rapid Typing.

 

RESTOK MINI VENDOR PEDi by Pn Suliza (usahawan)

  Tarikh 7 July 2023 
Masa  12.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Puan Suliza (Usahawan tempatan)

 

Puan suliza merupakan salah seorang usahawan sekitar PEDi. Beliau merupakan ejen bagi produk Teega (reseller). Beliau telah datang ke PEDi untuk restock barangan jualan beliau bagi bulan Julai 2023 dan kemaskini rekod jualan produk beliau.

 

BIMBINGAN: MS Word -Kemahiran Menaip/Editing (Menyiapkan Modul SKM Pastry)

  Tarikh 27 July 2023 
Masa 2.30pm-4.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Puan Rugayah Binti Reban

 

  1. Puan Rugayah Binti Reban telah hadir ke PEDi  untuk mendapatkan bantuan bagi menyiapkan Modul SKM Pastry dalam tempoh masa yang telah diberikan. Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk mencari maklumat menggunakan enjin carian Google. Petugas juga membantu beliau untuk memahirkan diri dengan Aplikasi MS Word, kerana tugasan tersebut perlu ditaip modul/resepi pastry menggunakan MS Word.

 

BIMBINGAN: MS Word (Formating for document/Penulisan Naskah Sajak)

  Tarikh 16 July 2023 
Masa 3.00pm- 5.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Tn Hj Khairy Bin Halimi (Penulis Novel Satira)

 

Tn Hj Khairy bin Halimi merupakan seorang penggerak seni (Penulis Novel Satira). Beliau telah datang ke PEDi bagi mendapatkan bimbingan dan bantuan untuk menyiapkan penulisan naskah 50 buah puisi/sajak. Pihak PEDi telah membantu untuk mengumpulkan bahan/sajak hasil karya beliau dengan menaip semula karya tersebut menggunakan MS Word. Pihak pedi juga memastikan semua sajak/puisi tersebut ditaip berpandukan format penulisan sajak yang betul. Kemudian sesi โ€˜proof readingโ€™ dan semakan diadakan bersama sebelum serahan kepada editor penerbitan.

 julai

 

Lawatan oleh YB Menteri Komunikasi & Digital Malaysia

  Tarikh 24 July 2023
Masa 2.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. YB Fahmi Fadzil  
  2. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

 

 Lawatan mengejut dibuat oleh YB Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi & Digital Malaysia di PEDi Parit Selangor. Beliau melihat fasiliti yang terdapat di PEDi. Beliau turut menguji kelajuan rangkaian internet yang ada di sekitar Kawasan PEDi menggunakan gajet beliau & rombongan. Ini bagi mendapatkan maklumat samada rangkaian telekomunikasi setempat berada pada tahap yang memuaskan.

 

Lawatan Pihak Teknical MCMC Johor (verify coverage)

  Tarikh 26 July 2023 
Masa 12.30pm-2.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Encik Ahmad Nizam
    Pihak Teknical MCMC Johor

 

Dua orang daripada pihak teknikal MCMC Johor telah membuat lawatan bagi melakukan verifikasi liputan telco di kawasan PEDi.  Lawatan ini bertujuan untuk verifikasi liputan bagi setiap telco berdasarkan laporan/aduan yang diterima (cth: digi, maxis, celcom etc).  Mereka perlu memastikan liputan internet di kawasan PEDi adalah menyeluruh bagi setiap jenis telco.

 

Lawatan Pihak Wilayah Selatan (DRM)

  Tarikh 26 July 2023 
Masa 3.30pm-5.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. En. Mohd Alhafiz Haji Mustapha (DRM)

 

Pihak DRM (Southern Region) iaitu Encik Mohd Alhafiz melakukan lawatan/visit 1st Quarter 2023 bagi tujuan KPI petugas. Lawatan ini bertujuan untuk membantu mengenal pasti masalah yang berlaku di site dan memastikan operasi PEDi berjalan lancar. Beliau juga turut melakukan semakan file kerja PEDi.  Selain itu sesi soal jawab secara terus antara pihak DRM dan petugas telah diadakan bagi menjawab segala kemusykilan. 

 

Lawatan Pihak CELCOM_DIGI (verify coverage)

  Tarikh 27 July 2023
Masa  12.00pm-1.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Encik Mohd Najib Bin Hashim
    Wakil Pihak Celcom_Digi 

 

Dua orang wakil daripada pihak Celcom_Digi Johor telah membuat lawatan bagi melakukan verifikasi liputan telco di kawasan PEDi.  Lawatan ini bertujuan untuk verifikasi liputan bagi setiap telco berdasarkan laporan/aduan yang diterima (cth: digi, maxis, celcom etc) . Mereka perlu memastikan liputan internet di kawasan PEDi adalah menyeluruh bagi setiap jenis telco.  Jika terdapat sebarang masalah, pihak telco akan melakukan pembaikan.

 

Program Cermin Mata B40 Yayasan Sultan Ibrahim Sempena Kembara Mahkota Johor

  Tarikh 16 July 2023 
Masa 9.00am-12.00pm
Lokasi Dewan Kg Parit Puteri Menangis Benut
Peserta
  1. 150 Komuniti B40 Pontian (Dipilih daripada 10 buah mukim yang terdapat di dalam daerah Pontian)

 

Program pemeriksaan dan pemberian cermin mata percuma untuk komuniti B40 Pontian dianjurkan oleh Yayasan Sultan Ibrahim sempena Mahkota Kembara Johor. Proses pendaftaran dan pemeriksaan mata  dilakukan di Dewan Kg Parit Puteri Menangis Benut. Dengan adanya program seperti ini ianya dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan membeli cermin mata bagi golongan B40 yang memerlukan. Seramai 150 orang komuniti terpilih untuk menyertai program ini. Pemilihan nama dilakukan diperingkat mukim dengan bantuan para ketua kampung dan penghulu.