8

BIMBINGAN : Penggunakan Email (Warga Emas)

  Tarikh 08/08/2023
Masa  11.00am – 12.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Tn Hj Khairy Bin Mohd Halimi

 

    1. Tn Hj Khairy telah hadir ke PEDi dengan membawa butiran surat/perbincangan beliau bersama pihak Perpustakaan Awam Negeri Johor. Beliau ingin menghantar kertas kerja dan dokumen yang berkaitan melalui email. Petugas membantu beliau memperkemaskan lagi butiran di dalam kertas kerja sekaligus mengajar beliau mengenai penggunakan email.

 

Kunjungan Ke Masjid Jamek Parit Selangor (HELWA)

  Tarikh 08/08/2023a
Masa  12.30pm-1.30pm
Lokasi Masjif Jamek Kampung Parit Selangor
Peserta
  1. Pn Asmawati Suratin

 

  1. Puan Asmawati Binti Suratin menjemput petugas untuk melawat ke bilik aktiviti HELWA Masjid Kampung Parit Selangor. Beliau turut menunjukkan sudut informasi masjid dan juga kemudahan serta inisiatif yang dilakukan oleh pihak HELWA dan Masjid. Kunjungan ini bertujuan untuk membantu AJK HELWA untuk menaiktaraf sudut informasi yang terdapat di situ.

 

 

BIMBINGAN: Perbankan Atas Talian (Aplikasi MAE / Maybank2u)

  Tarikh 08/09/2023 
Masa 2.00pm-3.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pn Junainah Abu Samah

 

Puan Junainah menghadapi masalah dengan aplikasi MAE / Maybank2u beliau. Beliau telah hadir ke PEDi bagi mendapatkan pandangan berkenaan masalah beliau itu. Petugas dapat mengenalpasti bahawa akaun beliau telah disekat dan perlu membuat pengaktifan semula secara atas talian. Setelah pengaktifan dilakukan, beliau dapat menggunakan perkhidmatan perbankan di atas talian tanpa sebarang masalah.

 

BIMBINGAN : Shopee Seller Centre (Basic)

  Tarikh 08/09/2023
Masa  10.00am-12.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Puan Azila & En Hazrul

 

  1. Pn Azila dan suami (En.Hazrul) hadir ke PEDi bagi mempelajari asas Shopee. Petugas telah membantu untuk proses pembukaan akaun pembeli dan juga akaun penjual. 

 

BIMBINGAN: Aplikasi Capcut (vn convert to mp3)

  Tarikh 17/08/2023
Masa 3.30pm- 5.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. MUHAMMAD ZHARFAN BIN ROSLAILE

 

Adik Zharfan telah datang ke PEDi kerana beliau menghadapi masalah bagi menyiapkan video kerja kursus berkumpulan. Beliau tidak tahu bagaimana untuk mengubah format voice note kepada mp3. Petugas cuba mengenalpasti bahan audio yang digunakan dan membuat carian secara online aplikasi yang sesuai untuk mengubah format vn kepada mp3. Beliau berjaya untuk memuat turun audio yang telah di ubahsuai (convert) dan memasukkan audio mp3 tersebut kedalam video editor capcut.

 

8.23.23

BIMBINGAN ICT : E-Learning (pdk.net)

  Tarikh 10/08/2023 / 17/08/2023
Masa  8.30am-9.30am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. TABIKA KEMAS Parit Baru (10 orang pelajar)

 

  1. Kelas kali ini melibatkan 10 orang pelajar (campuran 5 & 6 tahun). Kelas ini menggunakan aplikasi pdk.net. Petugas membuat tayangan video mengenai aktiviti harian di rumah. Pelajar juga diberikan game secara atas talian. Tujuan aktiviti ini dapat melatih proses ingatan pelajar. 


Pelajar diberikan aktiviti mewarna secara atas talian menggunakan aplikasi pdk.net. Tujuan kelas ini adalah untuk melatih jari dan pergerakan tangan.

 

Asas STEM & Pengenalan STEM

  Tarikh  10/08/2023 / 17/08/2023
Masa  8.30am-9.30am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. TABIKA KEMAS Parit Baru (10 orang pelajar)

 

  1. Petugas membuat satu eksperimen WARNA PELANGI. Aktiviti ini dapat memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai ilmu sains dan teknologi/ STEM.
  2.  
  1. Uji kaji: Warna Pelangi dan Cecair boleh dipindahkan dari 1 bekas ke bekas yang lain tanpa sebarang
  2. Uji kaji: Ketelapan pelbagai bahan ke atas cecair/air.

Uji kaji: bunga kertas berkembang di dalam kolam air

 

Advokasi di Pra-Program Santai-Santai Merdeka Madani 2023

  Tarikh 26/08/2023 
Masa 8.00am-10.00am
Lokasi KEMAS Kg Parit Baru
Peserta
  1. KEMAS Kg Parit Baru 
  2. Para Ibu Bapa serta Warga sekitar

 

Pihak Tadika KEMAS telah menjemput petugas untuk bersama meraikan Sambutan Bulan Kemerdekaan bersama Komuniti sekitar PEDi. Pelbagai aktiviti turut diadakan. Ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara PEDi dan komuniti setempat.