bulan 9

 

ADVOKASI & Program Pemeriksaan Kesihatan Komuniti Kerjasama dengan pihak NKF

  Tarikh 11.09.2023 
Masa 9.45AM-3.30PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Penduduk / Komuniti Sekitar PEDi.
  2. Seramai 24 orang penduduk telah hadir menjalankan kesihatan. Melibatkan 7 orang petugas NKF.

 

    1. Pihak National Kidney Foundation Malaysia (NKF) dengan kerjasama pihak PEDi Parit Selangor telah mengadakan program kesedaran kesihatan buah pinggang. Antara pemeriksaan yang dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan asas seperti Blood Pressure Indicator, ukur lilit pinggang, timbang berat, pemeriksaan air kencing, gula dalam darah, sesi kaunseling dan penerangan. Terdapat juga pemeriksaan tahap kolesterol yang dikenakan minimum cas RM5. Program ini bertujuan untuk mendidik penduduk/komuniti sekitar tentang pentingnya kesihatan diri. 

 

Kunjungan Penghulu Baru Mukim Pontian ke PEDi

  Tarikh 12.09.2023
Masa  10.00am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
    1. Encik Mohamad Muhaimin Bin Hussin
    Encik Luqman Nulhakim Bin Zulkarnain

 

  1. Kunjungan hormat tuan Penghulu Mukim Pontian yang baru ke PEDi Parit Selangor. Dua orang Penghulu Mukim Pontian yang baru telah melapor diri dan memperkenalkan diri iaitu Ecncik Mohamad Muhaimin Bin Hussin dan Encik Luqman Nulhakim Bin Zulkarnain. Petugas memberikan sedikit penerangan ringkas berkenaan PEDi.

 

Sesi Temuduga RAKAN DIGITAL PEDi

  Tarikh 26.09.2023
Masa  2.30pm-5.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
    1. 2 calon untuk PEDi Parit Selangor
    3 Calon untuk PEDi Taman Nilam

 

Sesi temuduga ini adalah bagi mencari calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan Rakan Digital PEDi Parit Selangor & PEDi Taman Nilam. Sesi temuduga dijalankan secara atas talian. Melibatkan 1 wakil daripada MSD HQ, 1 wakil MSD Southern Region & 1 wakil TM JB.

 

BIMBINGAN ICT: E-Learning (pdk.net) & Asas STEM

  Tarikh 21.09.2023 
Masa 8.30am-10.30am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. 10 orang pelajar TABIKA KEMAS Kg Parit Baru.

 

    1. Kelas kali ini melibatkan 10 orang pelajar TABIKA KEMAS Kg Parit Baru. Kelas ini menggunakan aplikasi pdk.net. Petugas membuat tayangan video E-Learning: Modul 5 (Keselamatan di bilik air). Pelajar juga diberikan game secara atas talian. Tujuan aktiviti ini dapat melatih proses ingatan pelajar. 


    Di samping itu pendedahan asas sains & teknologi juga turut dijalankan. Asas STEM: Reaksi Bahan Kimia Sabun terhadap serbuk lada. Pelajar diberikan penerangan pentingnya mencuci tangan menggunakan sabun untuk membasmi kuman dan bakteria.