gambar aktivit bln 11

E-Learning (Permainan Pendidikan) & Softskill (Kemahiran hidup: Cara Membuat Sandwich & Amali)

  Tarikh 12/10/2023
Masa (8.30am-10.30am)
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. 10 orang pelajar TABIKA KEMAS Kg Parit Baru

 

    1. Kelas E-learning terdiri daripada 10 orang pelajar TABIKA KEMAS. Pelajar berpeluang belajar membaca dan mengeja dan menjalankan aktiviti interaktif menjawab soalan dalam bentuk permainan pendidikan menggunakan komputer. Di samping itu, pelajar juga diberikan pendedahan softskill kemahiran hidup iaitu belajar membuat sandwich. Petugas menyediakan bahan-bahan dan memberikan tunjuk ajar cara untuk membuat sandwich dengan mudah.

 

Program Sukan Komuniti KPB 2023

  Tarikh 14/10/2023
Masa (7.30am-11.30am)
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
    1. Penduduk Kampung dan Komuniti

 

  1. Program bersempena Hari Sukan Negara bersama penduduk Kampung Parit Baru yang merupakan komuniti di sekitar PEDi. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti senamrobik , pertandingan larian, sukaneka, jamuan dan penyampaian hadiah. Objektif program ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama masyarakat di dalam komuniti, memupuk gaya hidup sihat dikalangan masyarakat

serta menggalakkan aktiviti sukan dikalangan penduduk setempat.

 

Hari Sukan Negara SK Parit Selangor & Komuniti 2023

  Tarikh 15/10/2023
Masa 8.00am-10.30am)
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
    1. Warga SK Parit Selangor & Penduduk Kampung

 

Program bersempena Hari Sukan Negara bersama Sekolah Kebangsaan Parit Selangor dan penduduk kampung yang merupakan komuniti di sekitar PEDi. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti senamrobik dan sukaneka  bersama warga SK Parit Sekolah dan para ibu bapa serta penduduk kampung. Objektif program ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan di antara warga SK Parit Selangor serta komuniti, dapat memupuk gaya hidup sihat dikalangan masyarakat serta menggalakkan aktiviti sukan dan kebersamaan di kalangan warga komuniti.

Lawatan dan penerangan kepada Penghulu Mukim Pontian yang baru dan ketua- ketua kampung Mukim Pontian.

  Tarikh 30/10/2023
Masa 10.30am-11.00am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
    1. Penghulu 2 Mukim Pontian dan 15 Ketua-ketua kampung Mukim Pontian

 

Perkenalan kepada pihak pentadbiran Mukim Pontian yang baru. Selaras dengan keberadaan PEDi di dalam kawasan Kompleks Penghulu Mukim Pontian. Sesi Bergambar Penghulu dan Ketua-ketua kampung


 

gambar akivit bulan 11

 

STEM: Asas STEM (Tangan robotic menggunakan kertas)

  Tarikh 26/10/2023
Masa 9.00am-10.00am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. 10 orang pelajar TABIKA KEMAS Kg Parit Baru.

 

    1. Aktiviti kali ini adalah memberikan pendedahan pelajaran asas sains & teknologi kepada anak-anak prasekolah. Petugas membuka tayangan video pengenalan, cara pembuatan tangan robotic menggunakan kertas. Kemudian pelajar diberikan tugasan untuk membuat sendiri mengikut video yang telah ditonton. Objektif aktiviti ini bertujuan untuk memupuk rasa ingin tahu berkenaan sains dan teknologi dan dapat memberikan cetusan idea/kreativiti di kalangan pelajar.
    2.  
    3.  
    4. ADVOKASI & Program Maulidur Rasul bersama HELWA Masjid Jamek Kg Parit Selangor

        Tarikh 30/10/2023
      Masa 8.00am-11.00am
      Lokasi PEDi Parit Selangor
      Peserta
      1. Muslimat/ Penduduk Kampung

       

        1. Menyantuni undangan ke program Maulidur Rasul Anjuran HELWA Masjid Jamek Kg Parit Selangor. Majlis ini khusus buat Muslimat yang mengikuti kelas mengaji yang diajar oleh Ustazah Hanipah (MAIJ Daerah Pontian). Dengan adanya program seperti ini ianya dapat mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat serta mengimarahkan masjid. Petugas PEDi selaku jurugambar dan juruvideo majlis, sekaligus sebaran risalah berkaitan PEDi kepada para jemputan.