LAPORAN AKTIVITI MEI 2017

 

 

FORUM DASHBOARD KOMUNITI

 

 

Berlangsung pada 16 Mei 2017 hingga 18 Mei 2017 bertempat di The Summit Hotel Subang. Forum yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan membincangkan perancangan Dashboard Komuniti (2017-2020) khususnya kepada PEDi di bawah kelolaan Telekom Malaysia (TM). Seramai lebih kurang 397 orang pengurus PEDi di bawah seliaan TM dan MSD telah terlibat di dalam forum ini selain para Pengurus Wilayah dan kakitangan MSD yang lain. Ini bagi memberikan gambaran bagaimana program Dashboard Komuniti ini akan berjalan sepanjang 3-4 tahun akan dating. Forum ini telah menerima kehadiran Pengurus Besar SNS TM, Pegawai-pegawai TM, Pengerusi MSD Intelligence Sdn Bhd serta para staff MSD yang lain. Semasa forum ini juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada kluster terbaik daripada setiap wilayah. Ini bagi memberikan insentif dan penghargaan kepada mereka di atas usaha yang telah ditunjukkan.

 

 

BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP (PROGRAM MIV PEDi PARIT SELANGOR)

 

Berlangsung pada 20 mei 2017, bertempat di bilik latihan PEDi Parit Selangor. Bengkel ini dijalankan oleh sukarelawan MIV Saudara Zul Hazmi yang berkongsi ilmu serta kemahiran yang ada dalam penggunaan perisisan Adobe Photoshop bersama para belia Kampung Parit Selangor ini. Ini merupakan salah satu cara beliau berbakti kepada komuniti setempat yang merupakan kampung halaman beliau sendiri. Seramai 10 orang remaja/ belia telah terlibat dalam bengkel ini. Mereka diajar menggunakan adobe photoshop untuk menghasilkan logo /  sticker. Sekaligus melahirkan idea-idea kreatif dalam diri anak-anak muda ini.

 

 

E-WASTE COLLECTION (PERTANDINGAN MOBILE E-WASTE WILAYAH SELATAN)

 

SKMM Wilayah Selatan telah menganjurkan pertandingan mobile e-waste. Pertandingan ini telah berjalan sejak penghujung tahun 2016 sehingga penghujung April 2017. Ini bagi memupuk kesedaran masyarakat berkaitan kitar semula peranti elektronik mereka dan memberi kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar. Pada 23 Mei 2017, sessi kutipan barangan Mobile E-waste bagi PEDi  di Daerah Pontian yang menyertai pertandingan ini telah dijalankan di PEDi Rambah. Sebanyak 5 buah PEDi dari Daerah Pontian yang terdiri daripada PEDi Rambah, PEDi Taman Nilam, PEDi Pekan Nanas, PEDi Parit Sapran, PEDi Parit Selangor telah terlibat menghantarkan hasil kutipan barangan e-waste masing-masing pada hari tersebut. Kutipan barangan e-waste telah dilakukan oleh wakil pegawai dari SKMM sendiri.

 

 

GOTONG ROYONG PI PARIT SELANGOR

 

 356

Pada 26 Mei 2017, satu aktiviti bersama belia/remaja ahli PEDi telah diadakan di PEDi Parit Selangor. Aktiviti tersebut adalah gotong-royong mini membersihkan kawasan PEDi . ini bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang bakal tiba. Para remaja ini telah menyertai aktiviti seperti memotong rumput, mentrim pokok, membersihkan longkang dan kawasan sekitar. Begitu juga kawasan dalaman PEDi . aktiviti ini dilakukan bersama-sama petugas PEDi dengan harapan dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan belia ini dan juga petugas. Selain untuk memupuk semangat menjaga kebersihan kawasan secara bersama.

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI JUN 2017

 

E-LEARNING (www.cookie.com)

 

35

PADA 10 Jun 2017,  kelas e-learning mingguan telah dijalankan. Kali ini pelajar/ remaja yang terlibat diberikan pendedahan bagi menggunakan aplikasi online menerusi www.cookie.com. Menerusi laman web ini mereka didedahkan dengan latihan-latihan pendidikan yang berbentuk permainan sekaligus melatih minda pelajar untuk lebih aktif berinteraksi dengan bahan multimedia secara interaktif.

 

 

PROGRAM JOM NGAJI #malaysiangaji

 

43

Pada 19 Jun 2017 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian telah berlangsung satu program berbentuk kerohanian iaitu ‘Jom Ngaji’ #malaysiangaji. Program ini telah disertai oleh petugas PEDi Parit Selangor bersama-sama petugas Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian serta petugas dan pelatih dari PDK Sinar Bakti Pontian. Bacaan surah Yassin secara beramai-ramai selama lebih kurang 30 minit telah dijalankan.  Tujuan program ini adalah bagi memupuk semangat membudayakan Al-Quran di kalangan umat Islam. Program ini telah berlangsung serentak diseluruh negara dengan hashtag #malaysiangaji.

 

 

AKTIVITI MENGANYAM KETUPAT HIASAN SEMPENA AIDILFITRI

 

            4

Pada 20 jun 2017 bertempat di PEDi Parit Selangor, telah dijalankan aktiviti menganyam ketupat sebagai hiasan sempena sambutan Aidilfitri. Apa yang menariknya, aktiviti ini telah disertai oleh para belia/remaja lelaki sekitar Kg Parit Selangor dan Kg Parit Baru. Mereka telah mempelajari cara menganyam ketupat daripada petugasPEDi . Kemahiran menganyam ketupat ini boleh dipraktikkan kelak. Sekaligus mengelakkan pupusnya kemahiran menganyam ketupat dalam generasi muda kita.  

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2017

 

LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI

bn

Pada 22 Julai 2017 telah berlangsung sebuah program Hari Literasi ICT dan Dashboard Komuniti Raya bertempat di PEDi Parit Selangor. Tujuan program ini adalah untuk, memberikan pendedahan kepada pengguna dan pengunjung kepentingan ICT dan perkhidmatan ICT yang disediakan di PEDi . Mempromosikan Dashboard Komuniti dan memperluaskan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti kepada pengguna smartphone di kalangan komuniti setempat. Menggalakkan pemeriksaan berkala di kalangan komuniti menerusi program My Health. Memperkenalkan dan menggalakkan pemasaran secara online di kalangan usahawan menerusi platform My Shop. Seramai 61 pengunjung yang terdiri daripada Kanak-kanak tadika KEMAS Kg Parit Baru telah menyertai bengkel literasi ict. Selain itu Para belia /  remaja / penjaga turut serta memeriahkan hari tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya, tayangan video Klik Dengan Bijak, Skrip ke Skrin, pemeriksaan kesihatan MyHealth, Pin up Location, download aplikasi dashboard dsb. Aktiviti pada hari ini turut diselitkan dengan jamuan hari raya 2017 memandangkan aktiviti ini berlangsung pada penghujung bulan syawal.