Kemudahan tempat duduk dan stor penyimpanan peralatan kubur dapat memudahkan masyarakat di sini untuk menunggu sesuatu majlis pengebumian jenazah dan juga untuk menyimpan perkakas dan peralatan kubur supaya selamat, tersusun dan teratur dengan kemas dan memudahkan petugas untuk membuat penyimpanan dan menggunakannya semula. Produk ini telah dihasilkan oleh Khairuman Engineering dengan kos RM3700.