Pondok wakaf ini telah dibina di dalam kawasan Masjid Jamek Kampung Parit Selangor dengan tujuan memudahkan jemaah untuk berehat sementara, untuk ibu-ibu yang ingin menguruskan keperluan anak-anak dan juga sebagai tempat untuk membuat perbincangan kecil yang tidak mengganggu jemaah di dalam masjid. Wakaf ini telah dibina dan dihasilkan oleh Khairuman Engineering dengan kos RM4750.