NAMA RAHAYU BINTI MOHD ASHARI
KATEGORI USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : KEREPEK / PRODUK JAUHAR
 ALAMAT KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

KAK AYU

Puan Rahayu merupakan penduduk Kg Parit Selangor ini. Seorang surirumah sekaligus turut mengusahakan perusahaan membuat kerepek secara kecil-kecilan. Menjual popia crisp yang mana merupakan hasil daripada penyertaan beliau dalam program Duta Jauhar. Beliau hanya memasarkan dirumah dan juga atas promosi mulut ke mulut sahaja. Tidak mempunyai email peribadi dan jarang menggunakan internet. Beliau turut mengikut bengkel ict yang dianjurkan oleh pihak PEDi  . selepas itu beliau telah meletakkan produk beliau di pi1m untuk tujuan promosi dan dijual. Pihak PEDi  turut membantu mempromosikan produk beliau melalui SNS PEDi  . Mempelajari membuat email peribadi. Menggunakan internet. Mempelajari Ms. Office (MS Word) untuk tujuan perniagaan dan pembelajaran. Memasarkan produk melalui media sosial. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA SITI HAJAR ROSLAN
KATEGORI USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : GRANOLA & CHEESE TART
 ALAMAT 36 B KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

GRANOLA

Beliau merupakan lepasan graduan universiti awam tempatan (UITM) dalam bidang pemasaran dan perniagaan. Sebelum ini beliau bekerja dengan syarikat percetakan. Pada masa yang sama turut memasarkan produk keluaran beliau secara kecil-kecilan. Di mana pengeluaran dilakukan di kediaman beliau. Selain itu beliau memasarkan produk beliau menerusi group whatsapp usahawan dan peniaga sekitar Pontian ini. Kini beliau menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan kecil-kecilan ini kerana akan berpindah mengikut suami selepas berkahwin tidak lama lagi. Beliau merupakan seorang peniaga bermusim. Menjual pelbagai produk kuih raya sebelum ini. Kini beliau mempunyai tambahan produk seperti granola dan juga tat keju. Produk ini dijual berdasarkan tempahan. Beliau mempelajari cara mendapatkan gambar produk yang menarik walau hanya diambil dengan menggunakan handphone & pemasaran secara atas talian dengan menggunakan testimoni dan juga ayat yang menarik.

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA ZARHANI DAUD
KATEGORI  : CELIK IT
 ALAMAT NO 50 PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

MAK ANI ICT

Berasal daripada Kelantan tetapi telah menetap di Johor setelah berkahwin dengan penduduk tempatan. Merupakan seorang pengusaha produk nanas yang diusahakan bersama suami beliau. Sebelum ini beliau memang telah terdedah dengan ict. Penggunaan gajet serta komputer di dalam urusan perniagaan beliau. Tetapi lebih banyak dibantu oleh anak-anak beliau. Beliau kerap datang ke PEDi  bagi mendapatkan bantuan berkaitan urusan beliau yang memerlukan penggunaan komputer dan internet. Petugas PEDi  memberi tunjuk ajar kepada beliau dan membantu beliau dalam menyiapkan kertas kerja dan permohonan sijil halal produk beliau. Beliau turut mengikuti bengkel komputer yang dianjurkan oleh pihak PEDi  . Mempelajari bagaimana cara membuat email perniagaan. Mempelajari Menggunakan Microsoft office bagi urusan membuat kertas kerja perniagaan. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

 

NAMA NUR IFFAH HANIS JAMIL
KATEGORI USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : PAKAIAN
 ALAMAT KG PARIT BARU 81500 PEKAN NANAS

 

IFFAH

Nur Iffah Anis merupakan seorang lepasan Kolej Kemahiran Bina Negara Ayer Baloi dalam bidang jahitan. Beliau meluaskan lagi kemahiran dan minat dalam bidang jahitan kepada sumber pendapatan beliau. Beliau merupakan seorang yang introvert, agak pemalu dan pendiam. Beliau juga kurang pendedahan terhadap penggunaan ict. Dengan menyertai program sukarelawan MIV, beliau telah didedahkan dengan aktiviti ict dan juga pergaulan yang lebih meluas. Beliau mempelajari penggunaan email. Telah mempunyai akaun email peribadi. Meningkatkan keyakinan diri dalam berhadapan dengan orang ramaiMeningkatkan pengetahuan ict beliau. Kini beliau telah melebarkan sayap dengan mengeluarkan pakaian di bawah label beliau sendiri dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA ASMAWATI BINTI SURATIN
KATEGORI USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : AUTOMOTIF
 ALAMAT NO 39 A BATU 32 KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

asmawati

Puan Asmawati bersama dengan suami beliau En. Razif menjalankan perniagaan bersama. Perniagaan yang dijalankan adalah berasaskan bengkel membaiki kenderaan. Dimana suami beliau bertanggungjawab terhadap bahagian operasi bengkel dan beliau bertanggungjawab menguruskan bengkel dari aspek pengurusan, kewangan dan pentadbiran. Beliau  ke PI untuk menggunakan perkhidmatan di PEDi  . Beliau lebih banyak menggunakan aplikasi perbankan elektronik secara online. Mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas pi1m bagi kaedah pengiklanan atas talian. Membantu beliau membina akaun Instagram untuk tujuan perniagaan. Beliau mempelajari penggunaan Instagram dalam mempromosikan perniagaan beliau. Mempelajari perbankan online. Menghadiri kelas/ bengkel yang dianjurkan oleh PEDi  . Mempelajari berkaitan penggunaan asas MS office untuk tujuan laporan perniagaan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA RAHAYU MOHD ASHARI
KATEGORI  : CELIK IT
 ALAMAT  PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 kak ayu 2

Puan Rahayu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang turut menjalankan perniagaan membuat pelbagai jenis kuih-muih secara kecil-kecilan. Beliau menggunakan kemudahan internet serta teknologi yang minima. Beliau turut mengikut bengkel ict yang dianjurkan oleh pihak PEDi  . selepas itu beliau telah meletakkan produk beliau di pi1m untuk tujuan promosi dan dijual. Pihak PEDi  turut membantu mempromosikan produk beliau melalui SNS PEDi  . Beliau mempelajari membuat email peribadi. Menggunakan internet. Mempelajari Ms. Office (MS Word) untuk tujuan perniagaan dan pembelajaran. Mempelajari kaedah photoshoot produk bersama PEDi  & Memasarkan produk melalui media sosial.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA NORASUHA BINTI KAMSANI
KATEGORI USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : MARY KAY
 ALAMAT 26 C KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

norasuha

Beliau memulakan perniagaan sebagai beauty consultant pada January 2016. Baru sahaja mempunyai premis perniagaan yang beralamat di No 7A, Jln Jutawan 1, Taman Jutawan Pontian. Beliau seringkali menggunakan PEDi  sebagai tempat untuk menyelesaikan urusan perniagaan online beliau. Urusan tempahan barangan serta pembayaran secara online dilakukan di PI dengan menggunakan kemudahan PC, mencetak  dan internet di PEDi  . PEDi  membantu menjadi pemudah cara dalam urusan perniagaan beliau yang banyak menggunakan medium atas talian (online). Beliau menggunakan kemudahan internet berkelajuan tinggi di PEDi  dan kemudahan lain seperti mencetak.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA RUGAYAH BINTI REBAN
KATEGORI USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : FROZEN FOOD
 ALAMAT  KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

rugayah

Pn Rugayah menjalankan perniagaan sejuk beku seperti karipap frozen, popia otak-otak frozen dan sebagainya. PEDi  telah mengambil inisiatif mengadakan bengkel asas ict serta bengkel photoshoot produk kepada para usahawan iks Kg Parit Selangor. Puan Rugayah sendiri telah turut serta bengkel yang dianjurkan oleh PEDi  . Di mana beliau sendiri merupakan ahli kepada Perkumpulan Perempuan Kg Parit Selangor (Wi). Beliau telah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Instagram etc. Mempelajari asas ict membuat email, menggunakan MS word, membuat Sticker produk secara DIY. Mempelajari cara photoshoot produk secara DIY menggunakan telefon pintar masing-masing.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA NUR ATHIRAH JAMIL
KATEGORI  : CELIK IT
 ALAMAT  NO 56 JLN MAS MERAH KG PT BARU 81500 PEKAN NANAS

 

ATHIRAH

Saudari Nur Athirah Binti Jamil merupakan pelajar lepasan SPM SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman bagi tahun 2017. Merupakan anak ke enam daripada 7 beradik. Tinggal di Jln Mas Merah Kg Parit Baru Pekan Nanas Johor. Sebelum ini beliau telah mempunyai pengetahuan am / asas berkaitan penggunaan komputer. Merupakan pengguna / pengunjung aktif pusat internet Parit Selangor. Beliau telah mengikuti kelas komputer bagi mengisi masa lapang beliau semasa menanti keputusan peperiksaan SPM keluar. Beliau mengambil masa kira-kira 2 bulan bagi menamatkan kelas asas komputer yang meliputi MS Word / Excel / Power Point di Pusat Internet Parit Selangor. Beliau mempelajari asas penggunaan komputer, mempelajari Ms. Office (word/excel/power point) & mempelajari asas dokumentasi dan perfailan.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA MOHD RAIHAN BIN MD FARID
KATEGORI USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : MAKANAN / HOME CATERING
 ALAMAT  KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

RAIHANNN

  • Berpendidikan lepasan SPM dari SMK Tan Sri Othman Saatโ€™. Kemudian menyambung pelajaran ke Kolej Tingkatan 6 Pontian. Tetapi tidak meneruskan pengajian kerana membantu dalam menyara keluarga kerana sebelum ini ibu beliau telah dimasukkan ke hospital. Tetapi kini telah pun sembuh sepenuhnya. Beliau kini bekerja sepenuh masa di SWM.Sdn Bhd Pontian. Pada masa yang sama membantu keluarga beliau menjalankan perniagaan Katering secara kecil-kecilan. PEDi  Membantu dari segi promosi (seringkali menempah untuk program PEDi  ). 
  •  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
  • NAMA MUHAMMAD ZAKI KADIS
    KATEGORI USAHAWAN
     JENIS PERNIAGAAN : TONE EXCEL
     ALAMAT  NO 54 KG PARIT BARU 81500 PEKAN NANAS
  • zaki
  • Seorang pelajar / siswa Universiti Pertahanan Malaysia. Menjadikan bidang perniagaan ini sebagai salah satu cara bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Menjalankan perniagaan berasaskan telekomunikasi / menjual simkad toneexcel. Sebelum melanjutkan pelajaran, beliau sering menggunakan kemudahan Pusat internet bagi melakukan promosi secara atas talian. Selain itu menggunakan kemudahan wifi yang ada. Mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari segi perbankan Internet. Beliau mempelajari aspek perbankan internet semasa beliau baru menceburi perniagaan ini & Bagaimana memastikan keselamatan penggunaan perbankan serta etika dalam melayari internet bagi tujuan promosi dan pengiklanan.

    •  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
    • NAMA MUHAMMAD ZAIM RUSYAIDI
      KATEGORI  : CELIK IT
       ALAMAT NO 33 BATU 32 KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS
    • zaim
    • Muhammad Zaim Rusyaidi antara ahli terawal PEDi   Parit Selangor. Kini berumur 16 tahun. Bersekolah menengah di SMK Tan Sri Othman Saatโ€™. Menghadiri kelas mingguan jika berkelapangan. Sebelum ini beliau telah mempunyai pengetahuan am / asas berkaitan penggunaan komputer. Merupakan pengguna / pengunjung aktif PEDi   Parit Selangor. Beliau telah mengikuti kelas komputer bagi mengisi masa lapang Beliau mengikuti kelas asas komputer yang meliputi MS Word / Excel / Power Point di PEDi  Parit Selangor. Hadir ke PEDi  bagi menyiapkan projek sekolah. Beliau telah mempelajari asas penggunaan komputer, Ms. Office (word/excel/power point), asas dokumentasi dan perfailan.

      •  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------