QUARTER 1

NAMA

KAMSANI BIN SAHLAN

KATEGORI

Celik IT

ALAMAT

Kg Parit Baru 81500 Pontian Johor

En. Kamsani Sahlan merupakan seorang pesara. Juga merupakan seorang veteran yang aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan juga aktiviti seni di kampung. Beliau juga merupakan ahli bagi kumpulan gendang warisan Kg Parit Baru. Sebelum kewujudan PEDi  , beliau memang sedia ada mempunyai asas di dalam bidang ICT. Di mana pekerjaan beliau sebelum bersara dari sektor awam seringkali menggunakan kelengkapan ICT tetapi kurang mahir. Ketika PEDi mula-mula beroperasi, beliau merupakan antara orang terawal yang datang untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan, tetapi hanya sebagai pelawat. Pada 2019 barulah beliau mendaftar sebagai ahli. Beliau menggunakan PEDi   sebagai tempat bagi mendapatkan bantuan penjelasan berkaitan ict. Contohnya: bagi proses pendaftaran persatuan kesenian beliau (eRose).

 

Antara latihan yang disertai En Kamsani di PEDi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA

AHMAD SUPIAN BIN ABD JADIT

KATEGORI

Usahawan 1

JENIS PERNIAGAAN

Perkhidmatan perkayuan (custom-made)

ALAMAT

Jalan Cenderawasih Kuala Sawah, Pusat perdagangan 3 ½ Seremban

Beliau telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Sebagai permulaan beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kini beliau memiliki bengkel pembuatan perabot sendiri yang terletak di Seremban. Beliau berkahwin dengan warga Pontian dan sering pulang ke Pontian. Beliau kerap juga datang ke PEDi   bagi melakukan kerja-kerja beliau di mana beliau turut membuat rekaan perabot sendiri. Tempahan perabot beliau juga boleh dilakukan secara atas talian dan perabot tersebut boleh ditempah mengikut kehendak pelanggan tersebut.

 

 

Penglibatan En Supian di dalam aktiviti PEDi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA

ROSMARIA BINTI ABD HAMID

KATEGORI

Usahawan 2

JENIS PERNIAGAAN

Perniagaan Produk Kecantikan Mary Kay

ALAMAT

Lot 2377 kampung Melayu, Pontian Besar Kiri, 82000 Pontian Johor

Seorang yang bekerja dalam sektor swasta, Berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Mempunyai minat dalam bidang kecantikan. Berasaskan produk Marykay ini. Konsultan bebas. Menjadikan bidang pernaigaan sebagai part time sahaja. Beliau menggunakan kemudahan di PEDi bagi menjalankan perniagaan beliau secara atas talian, di mana pesanan dan bayaran produk menggunakan sistem perbankan online. Pelanggan beliau bukan sahaja daripada kawasan sekitar daerah Pontian dan dalam negeri Johor malahan terdiri daripada luar Johor.

 

 

 Latihan di PEDi dan aktiviti perniagaan yang dijalankan bersama wanita

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

  

QUARTER 2

NAMA

HAIRUL FIKRI BIN HARIUN

KATEGORI

Celik IT

ALAMAT

Kg Parit Selangor 81500 Pontian Johor

Adik Hairul Fikri merupakan pelajar tingkatan 5 di SMK Tan Sri Othman Saat, Pontian, Johor. Beliau adalah antara pengunjung yang kerap datang ke PEDi   untuk menggunakan kemudahan Internet dan komputer bagi melakukan kerja-kerja kursus. Sebelum beliau mengikuti latihan di PEDi  , beliau hanya mempunyai kemahiran komputer yang asas sahaja dan hanya tahu menggunakan komputer bagi tujuan melayari media sosial dan menonton video di Youtube. Beliau mendapatkan tunjuk ajar secara tidak langsung dan secara langsung di PEDi   bagi meningkatkan kemahiran ICT beliau. Antaranya menghadiri beberapa siri kelas yang diadakan di PEDi   dan beliau mendapat bimbingan bagi menyiapkan tugasan sekolah dan kerja-kerja kursus yang memerlukan beliau untuk mahir dalam penggunaan MS Office seperti word & power point. 

 

Latihan yang dihadiri adik Hairul Fikri

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA

MOHD HAZIQ DHIYA BIN JAMIL

KATEGORI

Usahawan 1

JENIS PERNIAGAAN

Dropship Kasut

ALAMAT

No 56 Jln Mas Merah Kg Pt Baru 81500 Pekan Nanas Pontian Johor

Mohd Haziq Dhiya merupakan anak jati Kg Pt Baru. Sebelum ini beliau bekerja sebagai guru memandu di Institut memandu Long Life, Pekan Nanas, Pontian sebelum beliau menceburkan diri di dalam bidang perniagaan online. Beliau sememangnya mempunyai kemahiran dalam bidang ICT, tetapi hanya menggunakannya sekali-sekala sahaja selain penggunaan media sosial, menonton video di Youtube dan e-mail. Semenjak kewujudan PEDi  , beliau sering datang ke PEDi  untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di sini seperti kemudahan Internet & wifi dan juga lain-lain perkhidmatan dokumentasi. Beliau turut mendapatkan bantuan daripada petugas PEDi  dari di dalam melaksanakan pemasaran perniagaan beliau secara online.

 

 Aktiviti keusahawanan yang dijalankan oleh En Haziq

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA

SITI AZLIN BINTI SENON

KATEGORI

Usahawan 2

JENIS PERNIAGAAN

Frozen Food

ALAMAT

Kg Pt Baru

Puan Siti Azlin menjalankan perniagaan produk frozen secara kecil-kecilan dan juga secara berkumpulan. Sebelum beliau menjalani latihan pemasaran melalui bengkel keusahawanan di PEDi, beliau menjalankan pemasaran produk secara mulut ke mulut dan tidak menggunakan medium ICT. Selepas menjalani latihan Keusahawanan dan ICT di PEDi  , pemasaran produk sejuk beku beliau telah menggunakan platform atas talian seperti penggunakan Facebook, aplikasi Whatsapp, sekaligus meningkatkan jumlah tempahan dan promosi kepada orang ramai .

 

Latihan keusahawanan yang dihadiri Puan Azlin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------