1. Nama Muhammd Naqib Hasree
    Kategori Celik IT
    Alamat Kampung Parit Baru, Pekan Nanas

 

  1. Saudara Naqib merupakan seorang pelajar di Kolej Tingkatan 6 Pontian. Beliau menetap di Kg Parit Baru dan merupakan salah seorang pengguna tegar di PEDi Parit Selangor. Sebelum ini, beliau hanya memiliki pengetahuan asas berkaitan ICT. Beliau telah mempunyai asas ICT yang hanya digunakan sekadar bagi melengkapkan tugasan beliau sahaja. Sebagai contoh, penggunaan enjin carian bagi mencari maklumat serta penggunaan email bagi urusan-urusan tertentu. Beliau seringkali meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PEDi  bagi menyiapkan tugasan sekolah beliau. Beliau juga sering menghadirkan diri bagi mempelajari ilmu-ilmu yang baru di dalam Microsoft Word seperti mengedit imej, format dokumen, penggunaan email secara terperinci serta mencari maklumat di atas talian dan sebagainya. Kami di PEDi  sentiasa  membantu beliau meningkatkan tahap penguasaan ICT beliau dengan memberi kelas tambahan secara tidak langsung semasa membantu beliau menyiapkan tugasan.

 

Aktiviti Naqib dan rakan-rakan di PEDi

 


 

 

Nama Puan Rugayah Binti Reban
Kategori Usahawan 1
Jenis Perniagaan Makanan Sejuk Beku
Alamat Kampung Parit Selangor

 

 

Puan Rugayah Binti Reban merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Sungguhpun beliau merupakan seorang surirumah, beliau juga turut menjalankan perniagaan produk IKS iaitu produk sejuk beku secara kecil-kecilan. Sebelum melibatkan diri dengan perniagaan produk sejuk beku, beliau bekerja sebagai pencuci di SK Parit Selangor. Beliau juga merupakan seorang yang aktif dengan kegiatan berpersatuan seperti WI dan aktiviti-aktiviti wanita di kawasan Kampung Parit Selangor. Melalui persatuan yang beliau anggotai (WI-Perkumpulan Perempuan) beliau telah mengikuti beberapa siri kelas dan bengkel ict yang dijalankan di PEDi  . Antaranya Bengkel Asas Internet dan juga bengkel photoshoot produk. Selain itu, beliau juga mempelajari cara membuat akaun email dan juga asas penggunaan computer yang mana memudahkan beliau di dalam kerja-kerja promosi dan pemasaran. Kami di PEDi  membantu mempromosikan produk menerusi SNS PEDi  dan juga menjemput beliau untuk turut serta dalam program PEDi  bagi mempromosikan produk beliau.

 

 

Aktiviti Puan Rugayah di PEDi  

(i) Bengkel 'Product Photoshoot'

(ii) Demo Masakan sempena Program Hari Terbuka PEDi  Parit Selangor

 


 

 

Nama Encik Mohd Marzuki Ismail
Kategori Usahawan 2
Jenis Perniagaan Menawarkan sewaan pa system, menjual lemang & rendang, turut terlibat dalam membawa orang mengerjakan umrah.
Alamat Kampung Parit Baru

 

 

Encik Mohd Marzuki Ismail merupakan seorang bekas DJ di Radio Best104 sebelum ini. Beliau telah pun bersara dan mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak. Beliau kerap melakukan perkongsian di laman Facebook milik beliau dengan dibantu oleh isteri beliau bagi memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ini menarik minat ramai komuniti sekitar untuk mendapatkan perkhidmatan dan produk beliau.

 

Promosi di Media Sosial