Nama Puan Rugayah Binti Reban
Kategori Usahawan 1
Jenis Perniagaan Makanan Sejuk Beku
Alamat Kampung Parit Selangor

 

 

Puan Rugayah Binti Reban merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Sungguhpun beliau merupakan seorang surirumah, beliau juga turut menjalankan perniagaan produk IKS iaitu produk sejuk beku secara kecil-kecilan. Sebelum melibatkan diri dengan perniagaan produk sejuk beku, beliau bekerja sebagai pencuci di SK Parit Selangor. Beliau juga merupakan seorang yang aktif dengan kegiatan berpersatuan seperti WI dan aktiviti-aktiviti wanita di kawasan Kampung Parit Selangor. Melalui persatuan yang beliau anggotai (WI-Perkumpulan Perempuan) beliau telah mengikuti beberapa siri kelas dan bengkel ict yang dijalankan di PEDi  . Antaranya Bengkel Asas Internet dan juga bengkel photoshoot produk. Selain itu, beliau juga mempelajari cara membuat akaun email dan juga asas penggunaan computer yang mana memudahkan beliau di dalam kerja-kerja promosi dan pemasaran. Kami di PEDi  membantu mempromosikan produk menerusi SNS PEDi  dan juga menjemput beliau untuk turut serta dalam program PEDi  bagi mempromosikan produk beliau.

 

 

Aktiviti Puan Rugayah di PEDi  

(i) Bengkel 'Product Photoshoot'

(ii) Demo Masakan sempena Program Hari Terbuka PEDi  Parit Selangor