Nama Zalina binti Elias
Kategori Usahawan 1
Jenis Perniagaan Makanan Kering (IKS)
Alamat Kampung Parit Selangor

 

Puan Zalina menjalankan perniagaan berasaskan makanan. Beliau menjual produk kuih tradisional seperti kuih jenderam dan kerepek yang beliau hasilkan sendiri di rumah. Puan Zalina merupakan seorang usahawan wanita yang bekerja dari rumah. Beliau menghasilkan produk makanan kuih tradisional jenderam yang dibuat sendiri. Beliau turut mengambil tempahan kuih muih sejuk beku mahu pun kuih muih yang sedia untuk dimakan. Beliau turut berniaga di tapak Pasar Malam daerah Pontian pada setiap minggu. Sebelum beliau menjalani latihan ICT di PEDi , beliau memang mempunyai pengetahuan asas ICT. Tetapi penggunaan ICT beliau adalah sangat terhad. Hanya menggunaan aplikasi di telefon sahaja sebagai medium pengiklanan. Dengan adanya PEDi, beliau seringkali terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi . PEDi sendiri secara tidak langsung turut membuat tempahan produk dengan beliau bagi dijadikan hadiah/cenderahati. Sekaligus membantu mempromosikan lagi produk beliau.

 

  

Gambar 1: Promosi di laman Facebook

Gambar 2: Puan Zalina menyertai program di PEDi Parit Selangor