Nama Asmawati Binti Suratin
Kategori Usahawan 2
Jenis Perniagaan Perniagaan Homestay De' Mutiara
Alamat Kampung Parit Selangor

 

Puan Asmawati merupakan penduduk kg Parit Selangor. Beliau, bersama-sama suami beliau En. Razif menjalankan perniagaan bersama. Selain perniagaan sedia ada, beliau dan suami telah menjalankan perniagaan penginapan homestay atau rumah inap/inap desa. Homestay beliau terletak di Taman Semarak Api-Api Pontian Johor. Sepanjang tahun 2015 hingga kini, beliau kerap datang ke PEDi bagi menjalankan urusan perbankan elektronik secara online seperti CIMB Clicks dan Maybank2u. Selain menjalankan urusan perbankan dan menghadiri bengkel-bengkel usahawan yang dijalankan di PEDi , beliau juga kerap mendapatkan khidmat nasihat daripada petugas PEDi berkaitan pengiklanan di atas talian. Kami di PEDi ada membantu beliau membina akaun Instagram bagi tujuan promosi perniagaan yang beliau jalankan.

 

 

Promosi Homestay di status Whatsapp

 

Puan Asmawati dan rakan-rakan WI menghadiri Bengkel Usahawan yang diadakan di PEDi Parit Selangor