Nama Azad bin Manas
Kategori Usahawan 1
Jenis Perniagaan Pusat Kecergasan "Smart Gym & Fitness Centre"
Alamat

Jalan Seri Semerah 2, Taman Seri Semerah, Pontian

 

Beliau merupakan seorang graduan ijazah kejuruteraan. Beliau berminat di dalam dunia bina badan, kesihatan lalu mendorong beliau membuka pusat kecergasan (gym). Beliau mempunyai kemahiran ICT yang baik. Ada ketikanya akibat kekangan kemudahan, beliau datang menggunakan kemudahan yang ada di PEDi . Beliau turut serta dalam aktiviti PEDi bagi mempromosikan perniagaan beliau (kemudahan bagi penggunaan gym dan juga promosi makanan sihat sedia di makan). PEDi membantu mempromosikan produk menerusi SNS PEDi dan juga menjemput beliau untuk turut serta dalam program PEDi bagi mempromosikan produk beliau. Selain itu, pihak PEDi membantu beliau dari segi penggunakan ict bagi tujuan promosi dan kemudahan beliau menyiapkan beberapa urusan beliau. Petugas sendiri merupakan pelanggan dan menggunakan kemudahan gym beliau. Sekaligus turut mempromosikan kepada pengguna PEDi lain yang memerlukan kemudahan gym atau pun personal trainer.

 

Laman Instagram dan Facebook En Azad di dalam mempromosikan perkhidmatan dan produk jualan beliau.

_______________________________________________________________________________________

 

Nama Hayati Banon
Kategori Usahawan 2
Jenis Perniagaan  Pengusaha kantin sekolah
Alamat

Kg Parit Baru 81500 Pekan Nanas Pontian Johor

 

Puan Hayati Banon merupakan seorang ibu tunggal. Beliau sebelum ini bekerja kilang sebelum bertukar kepada perniagaan makanan.Mempunyai pengetahuan asas perkomputeran. Mampu menggunakan asas MS Office dan email. Menjalankan perniagaan Kantin Makanan di SK Parit Selangor. Turut mengambil tempahan makanan. Beliau mempunyai asas kemahiran ict kerana pernah bekerja menggunakan komputer. Tetapi semenjak bertukar pekerjaan, beliau kurang mahir kerana sering terlupa cara-cara menggunakan komputer dan gajet IT. Walaupun agak sibuk dengan aktiviti seharian, beliau tetap meluangkan masa untuk mengikut beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi . Selain itu beliau turut menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PEDi .