shutterstock 300479180 653x339

SUKU KEDUA 2020

Nama RAHAYU BINTI MOHD ASHARI
Kategori  USAHAWAN 1
Jenis Perniagaan  JUALAN LANGSUNG PRODUK TUPPERWARE
Alamat

KG PARIT SELANGOR

 

Puan Rahayu telah menjadi ahli PEDi sejak tahun 2017 lagi. Sebelum ini, beliau kurang mahir menggunakan media sosial mahu pun menggunakan apa-apa aplikasi online. Sejak menjadi ahli, beliau mula terlibat dengan program-program dan latihan ICT yang dianjurkan oleh PEDi dan mula aktif menggunakan platform laman sosial. Sejak menjadi ahli PEDi , banyak program telah beliau sertai, antaranya kelas membina e-mail, bengkel promosi produk anjuran bersama WI Kampung Parit Selangor. Di situ beliau menimba ilmu cara-cara membuat promosi di laman sosial, cara-cara mengambil gambar produk yang cantik serta skil promosi berkesan. Selain berniaga produk makanan, beliau turut aktif dalam jualan langsung produk tupperware dengan menjadi ejen jualan di kawasan Kg Parit Selangor ini.  

 

 

Nama  KU NURUL NABILAH
Kategori  USAHAWAN 2
Jenis Perniagaan  PERNIAGAAN PAKAIAN KANAK-KANAK
Alamat

KG PARIT BARU

 

Puan Nabilah merupakan seorang ibu dan juga mengajar kafa.  Menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh PEDi  seterusnya menghadiri beberapa kelas dan bengkel ICT dan mengambil kesempatan itu untuk mempraktikkan apa yang dipelajari untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan pakaian secara online walaupun secara kecil-kecilan sepanjang tempoh PKP 2020 ini. Beliau aktif mempromosikan produk jualan beliau melalui platform facebook dan whatsapp. 

 

Nama  HJ MOHD KHAIRY BIN HALIMI
Kategori          CELIK ICT
Alamat

 KG PARIT BARU

 

Tuan Haji Khairy Bin Halimi merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti penulisan kreatif. Beliau adalah seorang penulis novel satira yang telah menerbitkan beberapa buah novel. Beliau memunyai tahap kemahiran ict yang asas. Beliau sering menggunakan kemudahan komputer bagi menghasilkan karya novel beliau. Tetapi beliau kerap kali terlupa fungsi-fungsi yang terdapat pada komputer riba beliau. Sepanjang kewujudan PEDi  ini, beliau sering datang bagi tujuan mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar bagi mengedit hasil karya beliau. Membantu beliau menggunakan kemudahan email bagi menghantar manuskrip dan urusan surat menyurat berkaitan penulisan beliau. Selain itu, ini juga dapat memudahkan urusan kerja beliau bagi melakukan tugasan selaku ajk surau Kg Parit Baru. 

 

 

 

 

SUKU KETIGA

Nama FAZIRA BINTI LIKIN
Kategori  USAHAWAN 1
Jenis Perniagaan MENJAHIT PAKAIAN WANITA DAN LELAKI
Alamat

KG MAJU JAYA PEKAN NANAS

 

Puan Fazira Binti Likin berumur 32 tahun. Telah berkahwin dan memiliki keluarga. Beliau menetap di Kampung Maju Jaya Pekan Nanas. Beliau telah hadir ke PEDi Parit Selangor bagi mempelajari asas penggunaan Shopee bagi membuka akaun seller. Beliau menyertai bengkel asas shopee yang telah diadakan sekitar bulan Ogos 2020.Pihak PEDi  turut membuat promosi di laman media sosial berkenaan pembukaan kedai jahit beliau yang terletak di Pekan Nanas. 

Nama NURFAIZAH BINTI LATIF
Kategori  USAHAWAN 2
Jenis Perniagaan MENJAHIT PAKAIAN WANITA DAN LELAKI
Alamat

KG MAJU JAYA PEKAN NANAS

 

Puan Nurfaizah Binti Latif merupakan seorang surirumah. Beliau menjalankan perniagaan dropship ini bagi menambah pendapatan sampingan keluarga dan membantu suami. Beliau mula berniaga semenjak berlakunya pandemic covid19 ini.PEDi  membantu mempromosikan jualan beliau menerusi hebahan di media sosial milik PEDi , memandangkan beliau turut membuat promosi di atas talian menerusi akaun fb beliau.

 

Nama  MUHAMMAD NAQIB HASREE     
Kategori          CELIK ICT
Alamat

 KG PARIT BARU

 

Saudara Naqib merupakan seorang pelajar di Kolej Tingkatan 6 Pontian. Menetap di Kg Parit Baru. Beliau salah seorang pengguna PEDi  parit Selangor. Sebelum ini, beliau hanya memiliki pengetahuan asas berkaitan ict. Beliau telah mempunyai asas ict yang hanya digunakan sekadar bagi melengkapkan tugasan beliau sahaja. Beliau seringkali meminta bantuan/tunjuk ajar daripada petugas PEDi bagi menyiapkan tugasan sekolah beliau. Seringkali beliau menghadirkan diri bagi mempelajari sesuatu yang baru seperti mengedit imej, formatting document, penggunaan email serta mencari maklumat di atas talian etc.