NAMA ZURAINI BINTI HUSSIN
KATEGORI :  USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : KEK PERKAHWINAN
 ALAMAT KOMPLEKS PENGHULU MUKIM PONTIAN

 

KEK 1

Puan Zuraini kini telah mengembangkan lagi produk beliau. Beliau kini mengambil tempahan kek perkahwinan. Menerima tempahan secara offline dan secara online produk makanan seperti biskut, kuih muih dan menerima tempahan untuk jamuan dan majlis perkahwinan.  Sebelum ini rumah Pn Zuraini telah dilengkapi dengan kemudahan wifi. Tetapi ianya hanya terhad untuk kegunaan kerja suami beliau dan pembelajaran anak-anak semata-mata. Serta bagi kemudahan penggunaan whatsapp di telefon pintar. Kemudian selepas PEDi ini dibuka, Pn Zuraini telah datang berjumpa petugas bagi mempelajari cara-cara bagi membuat akaun facebook. Ini bertujuan untuk mempromosikan lagi produknya kepada masyarakat luar dan tidak terhad kepada kenalannya semata-mata. Internet telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan Pn Zuraini. Contohnya, penggunaan aplikasi whatsapp bagi tujuan komunikasi. Menggunakan facebook sebagai alat pemasaran dan cara untuk berhubung dengan kenalan baru. Permintaan pelanggan melalui post-post di Facebook juga semakin bertambah berbanding sebelum ini kebanyakannya tempahan dibuat melalui panggilan telefon dan pelanggan sendiri yang datang ke rumah beliau. Beliau telah mempelajari cara membuka akaun email dan Facebook, membuat iklan menggunakan MS Word, cara memasarkan produk beliau di Facebook & cara untuk muat naik gambar produk di Facebook. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA MUHAMMAD ZULHAZMI BIN ASMI
KATEGORI  : USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : POMADE JENAMA SENDIRI
 ALAMAT NO 32 KG PARIT SELANGOR 81500 PONTIAN

 

20170121 144937

POMADE

Saudara Zulhazmi merupakan pelajar jurusan grafik di Kptm Cawangan Batu Pahat. Beliau masih belajar dalam tahun 2 pengajian dan sedang menjalani latihan praktikal di salah sebuah syarikat printing di Pontian ini. Beliau telah memulakan perniagaan pomade secara online semenjak 2016. Sebelum menggunakan nama South Pomade beliau menggunakan nama Jimbo Pomade. Selepas melalui sesi pertukaran pendapat dengan beberapa orang termasuk petugas PEDi ,  beliau telah menukar nama kepada South Pomade. Penukaran nama pomade serta logo pada sticker produk yang beliau jual, telah menunjukkan peningkatan dari segi jualan. Di mana orang lebih mudah tertarik dan berminat dengan produk beliau. Sticker dan reka bentuk sticker di buat sendiri memandangkan beliau mempunyai kemahiran dalam penggunakan perisian adobe photoshop/illustrator. Beliau menggunakan kemudahan internet di PEDi dan wifi komuniti bagi membuat kerja, memandangkan rumah beliau berada berdekatan denganPEDi . Beliau sering melakukan perbincangan di PEDi bagi mendapatkan idea bagi memperbaiki logo produk beliau serta kerjasama mengiklankan produk jualannya di PEDi dan laman sosial PEDi . Ini memandangkan beliau telah memiliki asas dalam perniagaan online ini serta memiliki akaun Facebook dan Instagram sendiri.  Pertukaran idea dan pendapat dengan petugas PEDi  bagi merancakkan lagi jualan produk. Bantuan dari segi penghasilan sticker dengan adanya kemudahan di PEDi . Kemudahan internet/wifi komuniti memudahkan lagi proses jual beli secara online.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA MOHD RAIHAN BIN MOHD FARID
KATEGORI :  CELIK IT
 ALAMAT KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

raihan

Mohd Raihan merupakan seorang remaja/belia lepasan sekolah berumur 19 tahun. Beliau sebelum ini meneruskan pengajian di Kolej Tingkatan 6 daerah Pontian. Beliau terpaksa menangguhkan pengajian selepas semester pertama tamat berikutan masalah kesihatan ibunya. Beliau terpaksa menggalas tanggungjawab membantu bapa beliau dalam ibu yang kurang sihat. Memandangkan beliau merupakan anak lelaki sulung di dalam keluarga. Di mana kakak beliau sedang melanjutkan pelajaran di UTHM. Sebelum menjadi ahli PEDi , beliau seringkali melibatkan diri mengikuti aktiviti PEDi , dan mengikuti beberapa kelas asas komputer yang di adakan seperti kelas asas penggunaan Adobe Photoshop, dan kelas asas Microsoft Office. Dengan mengikuti beberapa sesi kelas asas komputer secara tidak forma sebelum ini, beliau telah mampu meningkatkan kemahiran dalam menggunakan microsoft office. Walau pun terpaksa menangguhkan pengajian, beliau telah mengambil inisiatif bagi mencari pekerjaan bagi membantu ekonomi keluarga. Beliau mampu manghasilkan resume yang ringkas dan padat bagi mencari pekerjaan. Kini beliau telah memperolehi pekerjaan sebagai pembantu di depoh tahanan imigresen pekan nanas dengan anggaran pendapatan kasar RM1200. Beliau mempelajari cara menggunakan aplikasi asas Microsoft office (word/power point/ excel) dan adobe photoshop/illustrator & bagaimana menghasilkan resume yang bersesuaian bagi memohon pekerjaan. PEDi membantu beliau memiliki kemahiran asas komputer & membantu beliau dalam hal yang berkaitan pelajaran sebelum ini semasa ditingkatan 6. Membantu menyalurkan maklumat berkaitan pekerjaan / pendidikan yang bersesuaian kepada beliau.PEDi menjadi tempat beliau dan adik beradik lain untuk menyiapkan tugasan pelajaran dengan adanya kemudahan internet.  

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA SITI HAJAR ROSLAN
KATEGORI  : USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : KUIH RAYA
 ALAMAT 36 B LORONG KELUARGA KG PARIT SELANGOR 81500 PONTIAN

 

KUIH 1 KUIH 2 KUIH 3

Beliau merupakan seorang lepasan graduan university awam tempatan (UITM) dalam bidang pemasaran dan perniagaan. Oleh kerana sebelum ini beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap, ini telah menyebabkan beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Sebelum ini, Cik Siti Hajar menjalankan perniagaan ini dari rumah pada tahun 2015 dan mula serius untuk mengembangkan perniagaan biskut rayanya bermula pada tahun 2016 sehingga kini. Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan ICT di PEDi beliau banyak menghabiskan masa di cyber café bagi menyiapkan kertas-kertas kerja beliau di mana penggunaan setiap jam yang mahal dan jarak dari rumah ke cyber café agak membebankan beliau memandangkan beliau baru sahaja memulakan perniagaan dengan sumber modal yang agak terhad. Apabila wang tunai keluar dengan banyak bagi menyiapkan kertas-kertas kerja, ini mengganggu aliran tunai perniagaan beliau. Cik Siti Hajar telah menjalani beberapa kelas ICT seperti Microsoft Word, Excel dan Powerpoint dan ini memudahkan beliau untuk menyiapkan kertas-kertas kerja, akaun kewangan syarikat belia dan slide presentation. Beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog, Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi & mempelajari cara mengambil order melalui FB.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA NURULNASSRYN AZZRINA MOHD KHAIRY
KATEGORI  : USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : URUTAN
 ALAMAT NO 4B KG PARIT BARU 81500 PEKAN NANASPONTIAN

 

URUT 2

Puan Nurrul memulakan perkhidmatan mengurut ini pada tahun 2011 sehinggalah sekrang. Mendapatkan latihan berkaitan urutan daripada pihak LPPKN dan sehingga kini telah mendapat taraf kelayakan sijil tahap 4. Perniagaan perkhidmatan mengurut ini didaftarkan di bawah nama syarikat ‘SRI ANANAS ENTERPRISE’. Pada masa sekarang, Puan Nurrul menjalankan perkhidmatan mengurut di rumah beliau dan secara bergerak kerumah-rumah pelanggan beliau. Merupakan seorang pengamal urutan melayu tradisional. Memberikan perkhidmatan mengurut seperti urutan bagi wanita yang bersalin, urutan membetulkan urat. Puan Nurrul telah datang ke PEDi bagi meminta bantuan bagi membuat permohonan PIJ yang memerlukannya menggunakan system atas talian. Puan Nurrul telah belajar bagaimana mudahnya membuatkan permohonan atas talian bagi urusan pinjaman bagi membolehkan beliau membesarkan lagi perniagaan beliau dengan membina kedai/premis yang bersesuaian nagi menjalankan perkhidmatan mengurut ini. Beliau juga turut membuat email peribadi bagi kegunaan peribadi dan urusan kerja. Beliau jarang sekali dapat hadir ke PEDi kerana kekangan masa selaku ibu tunggal dan sibuk memenuhi permintaan mengurut di sekitar Pontian dan juga dari luar Pontian. Beliau mempunyai akaun laman sosial facebook, tetapi beliau belum bersedia untuk lebih mempromosikan lagi perkhidmatan beliau ini kerana beliau mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Di mana beliau menghadkan kepada 4-5 orang sahaja pelanggan dalam sehari. Mungkin pada masa akan datang beliau akan mempertimbangkan untuk meluaskan lagi perniagaan beliau setelah mendapat rakan kongsi yang juga mahir dalam bidang urutan ini. Mempelajari cara membuat email bagi urusan perniagaan. Mempelajari bagaimana membuat permohonan atas talian bagi bantuan PIJ. 

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA HANIM A. RAHMAN
KATEGORI :  CELIK IT
 ALAMAT NO 160 JLN MOLEK 7, TAMAN DESA MOLEK 82000 RIMBA TERJUN 

 

HANIM

Bermur 53 tahun, Puan Hanim merupakan seorang surirumah. Beliau telah bersara. Seorang yang aktif dalam aktiviti persatuan di kawasan kediaman beliau.  Merupakan seorang yang tidak mahirmenggunakan kelengkapan ict seperti computer serta telefon. Merupakan seorang pengguna pasif dan hanya menggunakan telefon secara minima.  Beliau telah mengikuti kelas komputer secara konsisten selama bebepa bulan pada setiap hujung minggu.Dari seorang yang tidak tahu untuk menggunakan komputer serta agak kekok pada permulaannya, telah menjadi separa mahir. Mampu untuk membuat surat-surat serta dokumentasi hal berkaitan persatuan yang disertainya. Beliau juga dilantik menjadi setiausaha. Ini memberikan manfaat kepada beliau. Pada mulanya puan Hanim telah mempelajari berkaitan asas computer/teknologi maklumat. Bagaimana menaip pantas, dan juga fungsi internet. Mempelajari Ms.Office bagi memudahkan urusan dan kerja-kerja yang melibatkan pendokumentasian persatuan seperti surat-surat dan borang-borang. PEDi membantu memudahkan kerja beliau selaku setiausaha persatuan. Selain itu kemudahan internet di PEDi telah memudahkan lagi kerja-kerja beliau kerana di rumah beliau tidak mempunyai kemudahan internet. 

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA MISNON B. SAMSURI
KATEGORI :  USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : KEREPEK (MAKANAN KERING)
 ALAMAT NO 80 BATU 32 KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

Encik Misnon merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU). Beliau telah ditimpa musibah penyakit saraf yang menyebabkan kaki beliau membengkak serta hilang upaya untuk berjalan seperti biasa. Kini beliau memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Walau bagaimana pun beliau masih mampu untuk memandu serta melakukan kerja lain. Beliau telah bersara awal dari khidmat di SAJ. Kini beliau menjalankan perniagaan membuat kerepek rempeyek secara kecil-kecilan di rumah. PEDi berperanan mempromosikan produk beliau di PEDi dan melalui aplikasi dashboard komuniti (myshop). Segala tempahan diterima melalui telefon melalui aplikasi whatssapp mahupun massage. Ini kerana rumah beliau tidak mempunyai kemudahan internet. Anak beliau sering ke PEDi dan membantu mempromosikan produk beliau ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA JAMILAH BINTI YAHYA
KATEGORI :  USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : KEREPEK (MAKANAN KERING)
 ALAMAT NO 80 BATU 32 KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

Puan jamilah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Mengambil tempahan membuat maruku / kerepek pagoda secara kecil-kecilan. Beliau turut mengambil tempahan menjahit pakaian wanita serta upah menjahit leher tulang belut (baju kurung johor) secara kecil-kecilan bagi membantu perbelanjaan rumah. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan bergantung kepada tempahan daripada pelanggan. Di mana pelanggan beliau terdiri daripada penduduk setempat dan kenalan. Puan Jamilah menjalankan urusniaga menggunakan telefon (melalui whatsapp, massage, panggilan etc). ini kerana rumah beliau tidak mempunyai kemudahan internet. Kebiasaannya beliau dibantu oleh anak beliau bagi urusan berkaitan ict. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA MUHAMMAD DANISH AKMAL BIN SHAROM SHAH
KATEGORI  : CELIK IT
 ALAMAT BATU 32 JLN PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

Bermumur 14 tahun. Merupakan antara ahli terawal yang mendaftar di piparit selangor pada oktober 2015. Pelajar tingkatan 2 Smk Tan Sri Othman Saat. Rumah beliau berdekatan dengan pidan seringkali menghabiskan masa di PEDi terutamanya pada hujung minggu. Pada awalnya, beliau hanya melihat adik beliau mengikuti kelas pada hujung minggu. Tahap penguasaan ict beliau adalah sederhana. Adik danish mempunyai asas di dalam ict. Memandangkan pendedahan oleh kedua ibu bapa beliau dalam penggunakan peralatan berteknologi seperti gadjet dan telefon pintar. Beliau turut mengikuti kelas mingguan di PEDi . Selain itu turut menyertai pelbagai aktiviti yang sering dijalankan oleh pihak PEDi . Penguasaan ict beliau telah meningkat. Mempunyai akaun email peribadi sendiri bagi tujuan sekolah dan kegunaan dashboard komuniti.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

NAMA NORLIAH BINTI KOSAIRI
KATEGORI :  USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : KEREPEK TEMPE
 ALAMAT BATU 32 KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

TEMPE SIRA

Puan Norliah menjual tempe sira pedas dan kuah rojak petis secara kecil-kecilan berdasarkan tempahan semasa. Ini hanya dilakukan secara sambilan dan bukan sepenuh masa. Beliau merupakan seorang yang kurang mahir dalam penggunaan ict. Ini kerana tiadanya kemudahan komputer serta internet di rumah. Kebiasaannya beliau dibantu oleh anak-anak beliau jika berkaitan ict. Beliau telah turut serta dalam bengkel asas ict yang dianjurkan oleh PI.Di mana beliau merupakan ahli pertubuhan NGO WI bagi kampung ini. Menerusi bengkel tersebut, beliau telah mempertingkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan beliau berkaitan ict. Beliau mempelajari cara membuat email peribadi dan bagaimana menggunakannya & mengetahui bagaimana kegunaan aplikasi myshop di dalam dashboard komuniti. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA ZARHANI DAUD
KATEGORI :  USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : PRODUK NANAS
 ALAMAT NO 50 KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

MAK ANI

Beliau berasal daripada Kelantan, tetapi telah berkahwin dengan penduduk tempatan Kg Parit Selangor ini. Beliau telah menetap di Kg Parit Selangor ini dan mengusahakan perniagaan berasaskan buah nanas ini. Beliau mengusahakan ladang nanas di kawasan belakang rumah beliau. Selain menjual buah nanas segar, beliau turut menjual produk berasaskan nanas seperti jem nanas, jus nanas, kuih.  Beliau sememangnya terdedah dengan ict, tetapi sering dibantu oleh anak-anak beliau yang telah dewasa untuk urusan berkaitan ict ini. Tetapi tahap penguasaan beliau masih lagi pada tahap yang lemah. Beliau telah menggunakan ict sebagai salah satu medium pemasaran produk beliau. Pemasaran secara online dilakukan oleh anak perempuan beliau yang turut meneruskan legasi perniagaan keluarga ini. PEDi pula lebih banyak memberikan bantuan dari segi kemudahan internet dan juga kelas kemahiran ict. PEDi turut membantu beliau bagi menyiapkan kertas kerja bagi proses permohonan sijil halal produk keluaran syarikat beliau. Mempelajari cara membuat email perniagaan dan menggunakannya. Membantu menggunakan pendaftaran atas talian bagi permohonan sijil halal JAKIM & membantu dalam penyediaan kertas kerja bagi proses permohonan sijil halal JAKIM. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA AIDAH EDORA ABD RAHMAN
KATEGORI  : CELIK IT
 ALAMAT NO 38 KG MELAYU BUKIT PANJANG 81500 PEKAN NANAS

 

AIDAH

Saudari Aidah sebelum ini merupakan pelajar Kolej Kemahiran Bina Negara (KKBN) Ayer Baloi. Beliau telah pun menamatkan pelajaran peringkat sijil di KKBN dalam bidang jahitan. Beliau berkemahiran dalam membuat pakaian wanita/lelaki.  Beliau sebelum ini kurang mahir dalam menggunakan kemudahan ict seperti komputer/ internet etc.Hanya tahu asas komputer yang pernah dipelajari semasa sekolah dahulu.  Beliau telah mengikuti kelas Intel/ILES yang diadakan di PEDi . Menerusi kelas yang diikuti ini, beliau mempelajari lagi berkaitan penggunaan komputer dan internet. Beliau turut belajar bagaimana membuat email peribadi sendiri dan cara menggunakannya. Cara-cara membuat resume yang mudah dan ringkas. Ini bagi memudahkan beliau untuk mencari pekerjaan di masa akan datang. Beliau mempelajari cara menggunakan MS Office, cara untuk membuat resume, cara bagaimana membuat kad nama bagi perniagaan & mengetahui bagaimana perniagaan secara online boleh dilakukan dari rumah. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------